Wanita seringkali dikaitkan dengan dunia kecantikan. Disebabkan itu kebanyakan wanita pertengahan usia, pastinya bimbang dengan kehadiran kedut di wajah. Bagaimanapun anda boleh melewatkan penuaan dengan ikuti petua ini. 
 
Parut sebatang lobak merah dan satukan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
 
Gaul hingga sebati lalu sapukan pada keseluruhan wajah serta leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.
 
Antara kebaikan lobak merah :-

  • Mengatasi keletihan.
  • Baik untuk gigi.
  • Menjaga sistem saraf.
  • Mencerahkan mata.
  • Mencegah jangkitan kuman dan bakteria.
  • Mencerdaskan akal.
  • Boleh mencegah serangan barah.