Jangan tersilap memilih warna kerana ia boleh mempengaruhi psikologi anak yang sedang membesar. Jadi, papa dan mama perlu peka terhadap warna yang dipilih untuk menjadi latar dinding kamar tidur anak.
 
Disarankan memilih warna-warna cerah kerana ia dapat merangsang kreativiti, menguatkan daya imaginasi, memberi semangat, mempengaruhi rasa estetika dan menguatkan rangsangan motor.
 
 
Kesan warna universal
 
Merah:Dinamik, bersemangat, merangsang, aktif, kuat, hangat, agresif.
 
Terlalu banyak warna ini dapat menimbulkan kemarahan, tekanan, ketidaksabaran, ugutan, dendam dan suasana kelam kabut.
 
Warna ini tidak sesuai untuk bilik bayi berusia di bawah setahun.
 
 
Kuning: Susah ditangkap mata, ceria, hangat dan bertenaga.
 
Warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak kerana terlalu terang akan menyebabkan silau dan sukar untuk beristirehat.
 
 
Biru: Paling nyaman untuk mata, menenangkan, aman, menerima, sabar.
 
Terlalu banyak warna biru dipercayai dapat menyebabkan rasa dingin dan membuat anak menjadi pasif. Jika ingin menggunakan warna biru, pilih yang warnanya tidak terlalu pucat sehingga terasa kesan ‘dinginnya’.
 
 
Hijau: Rileks, sepi, semula jadi, menenangkan dan kelihatan pemalu.
 
Jika terlalu banyak hijau, ia akan menjadikan anak seorang yang malas. Untuk mengurangkan kesan negatifnya, hijau perlu digabungkan dengan merah atau oren.
 
 
Oren: Percaya diri, ramah, penuh keceriaan.
 
Pemilihan warna oren di bilik tidur membuatkan anak selalu terjaga, sebaiknya ia harus dikombinasikan dengan warna lain. Jika terlalu banyak oren, ia boleh menjadikan ruangan terlalu gelap sehingga memerlukan banyak cahaya perlu masuk.
 
 
Ungu: Boleh meningkatkan imaginasi anak dan kreativiti.
 
Tetapi jika terlalu banyak terdedah pada warna ungu juga boleh membuat mood anak terganggu dan menyebabkan anak terlalu ingin berkuasa
 
 
Lilac:Menyentuh spiritual.
 
Jangan gunakan rona lilac di bilik tidur anak lelaki kerana boleh membangkitkan sifat feminin. Untuk mengelakkan rasa hambar, padukan ia dengan warna hitam atau perak.
 
 
Warna untuk anak hiperaktif
 
Oleh sebab anak hiperaktif bermasalah untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara maka terapi warna adalah salah satu cara mengatasinya.
 
Bilik mereka sesuai dicat dengan warna-warna sejuk atau dingin seperti biru muda, hijau dan ungu.
 
 
Warna untuk anak autisme
 
Jika anak anda menghadapi masalah autisme, psikologi warna yang boleh menstimulasi mereka adalah warna-warna hangat atau panas seperti oren, kuning dan merah.