Menikmati minuman teh di waktu senggang sambil menghirup udara segar pastinya membangkitkan suasana yang menyenangkan. Aroma wangi yang terhasil daripada minuman ini pada setiap hirupan menambahkan lagi rasa tenang dan segar terutama di saat minda sedang keletihan. Di sebalik ketenangan yang dinikmati itu, terkandung banyak khasiat yang mungkin anda tidak ketahui.
 
1      Cegah Kanser
Kandungan Polyphenol yang terdapat di dalam teh hijau merupakan bahan antioksidan paling berkesan mencegah risiko penyebaran dan pertumbuhan sel kanser dalam darah. Mereka yang mengamalkan minuman teh hijau secara berkala dikatakan mampu menghalang risiko kanser payudara, prostat, perut dan usus.
   

2      Awet Muda
Difahamkan 10 ons teh yang diminum setiap hari berupaya menyerap lebihan lemak dan kolestrol yang meliputi arteri jantung anda. Di samping menjadikan jantung lebih sihat, amalan minum teh turut membuatkan seseorang itu kelihatan muda dan bertenaga.
 

3      Turun Berat Badan
Sesuai diamalkan bagi mereka yang mahu kekal langsing dan sihat. Teh hijau dikatakan membantu proses pembakaran kalori seterusnya menurunkan berat badan.
 
 
4      Daya Ingatan
Selain mencegah kanser, kandungan antioksidan tinggi yang ada dalam teh turut membantu menguatkan daya ingatan dan melawan radikal bebas daripada menyerang otak.  Mereka yang minum dua gelas teh sehari terhindar daripada masalah kognitif berbanding mereka yang jarang meminumnya.
 
 
5      Menstabilkan Tekanan Darah
50 peratus orang yang meminum teh terhindar daripada terkena tekanan darah tinggi berbanding mereka yang tidak pernah menikmatinya. Ini kerana kandungan Polyphenol yang  ada dalam teh mampu menjaga pembuluh darah, menurunkan kadar kolestrol dan mencegah strok. 





Sumber dari http://www.karangkraf.com/famili/kenali-manfaat-teh-1.197129