Pisang antara buah yang menjadi kegemaran semua orang sama ada ibu dan bapa mahupun si kecil. Selain mudah dimakan, rasanya yang manis membuatkan anak-anak menggemarinya.

 

Tetapi tahukah anda, pisang juga boleh menjadi bahan kecantikan terutama kepada wanita. Pisang berupaya membantu mengurangkan dan mencegah kedutan pada wajah.

 

Caranya mudah sahaja, kisarkan sebiji pisang (tidak kisah pisang apa) sehingga menjadi seperti puri atau krim. Kemudian, sapu rata pada muka dan leher. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Akhir sekali, bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air biasa. Anda akan rasakan kulit lebih segar dan tegang. Elok dilakukkan seminggu sekali.