Mengikut artikel Dr Zubaidi, ada beza pitam dengan pengsan ni. Pitam ni kita masih sedar tapi pandangan jadi blank seketika dan badan menjadi lembik tak larat kalau pengsan pulak terus tak sedarkan diri langsung. Menurut Dr Zubaidi pitam ni fenomena yang biasa jadi di kalangan remaja dan wanita muda. Tapi menurut kata Dr Zubaidi, pitam ni tidak membahayakan. Alhamdulillah.
Pitam dalam istilah perubatan
di panggil Syncope. Biasanya sekejap, tiba tiba tak sedarkan diri (loss
of consciousness disebabkan peredaran darah dan bekalan oksigen yang tak cukup
di otak.
Sebab sebab pitam antaranya
mungkin keadaan sekeliing iaitu keadaan tempat yang terlalu padat, melakukan
senaman fizikal yang berat, terlalu lapar, terlalu haus, atau berdiri terlalu
lama di tengah panas, atau pun kalau kita bangun atau duduk terlalu cepat.
Nak elak pitam macam ni, bila
dah rasa tak berapa selesa duduk sekejap untuk menstabilkan balik rasa tak sedap
badan tu. Minum air
secukupnya untuk elakkan dehidrasi akibat peluh atau cuaca yang
panas. Elakkan juga suasana
yang terlalu panas, padat dan merimaskan. Jika berdiri atau duduk terlalu
lama, sesekali buat la exercise macam sretching atau regangan otot badan untuk membantu peredaran darah
yang sempurna ke otak dan jantung.
Menurut Doktor Zubaidi, kalau pitam
pertama kali dan tau puncanya mungkin disebabkan berada di kawasan sesak, panas
atau kurang gula dalam badan so selalunya tak ada apa yang perlu
dirisaukan.
Jadi kesimpulannya, kita perlulah makan ikut masa, banyakkan minum air, duduk bila terlalu penat, jangan biarkan perut terlalu lapar dan simpan coklat atau biskut di dalam beg sebagai lapik perut
sementara keluar makan ataupun beratur membeli makanan.
Sumber disunting dari http://khadijahnas.blogspot.com/2011/11/pitam.html
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..