Ramai para isteri yang berkahwin inginkan kemesraan di dalam perhubungan seharian bersama suami.. Petua di bawah ini boleh diamalkan ketika masing-masing sedang berehat-rehat di rumah sambil menonton televisyen dan sebagainya.. Meh kita tengok apa yang boleh kita lakukan semasa berehat-rehat bersama suami di rumah.. Amalan ini dapat mendekatkan lagi perhubungan di antara suami dan isteri malah kita akan terasa terbitnya rasa kebahagiaan di dalam kehidupan rumahtangga ni..
1 Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri
mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau
lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa
sangat disayangi.
2 Belai rambut suami ketika dia sedang
beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti
lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam
terhadap isteri.
3 Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah
kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit
suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala.
Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.
4
Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan
taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri.
Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami
cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang
sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.
5
Sentiasa berhias untuk suami bila berada di rumah. Mengenakan pakaian
yang boleh membuatkan si suami bersemangat atau ghairah seperti
pakaian yang nipis atau seksi. Walaupun malu, lakukannya kerana
setiap lelaki mahukan wanita berpakaian seksi. Tambahan pula, pahala
untuk si isteri hanya dengan membuatkan suami menjeling geram.
Sumber disunting dari facebook
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..