Antara Kebaikan Mandi
sebelum subuh ialah :
1) Kulit lebih
lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya
anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air
yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda
memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk
dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan
kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit
pula menjadi lebih lembut dan halus.
2) Melancarkan
peredaran darah
Jika peredaran darah anda
lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3) Meningkatkan
kesuburan
Kesihatan tubuh badan
manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada
waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan
hormon estrogen untuk wanita.
4) Mengurangkan
risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki
penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk
anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika
ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5) Mengurangkan
tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan
melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda
yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda
menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum
subuh.
6) Meningkatkan sel
darah putih
Mandi dengan air sejuk,
ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila
sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan
boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti
dengan sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..