Assalamualaikum semua.. Hari nih saya nak berkongsi mengenai hiasan ruang makan.. Ruang ini merupakan ruang kedua yang kita titik beratkan selepas ruang tamu.. Ini kerana kita adakalanya menyediakan minuman dan makanan kepada tetamu kita di meja makan iaitu di ruang makan..
Bagi yang ruang makan berkembar dengan ruang tamu memang ruang ini perlu diriaskan dengan baik.. Bagi yang ruang makannya berasingan mungkin untuk minum petang, hanya di meja kopi di ruang tamu saja dihidangkan minuman dan hidangan petang.. Apapun ruang ini tetap dinamakan ruang makan.. Meh kita baca serba sedikit info yang diperoleh nih..
Ilham
penataan ruang makan memberikan kesan keseluruhan dekorasi kediaman anda. Ruang
yang sering menjadi tumpuan keluarga dan tetamu itu perlu dihias sempurna supaya
sentiasa menarik dan menjanjikan keselesaan ketika menjamu
selera.
Namun,
masih ada yang buntu untuk menentukan reka letak sempurna ruang
berkenaan.
Melantik
pakar hiasan dalaman antara langkah terbaik dan ketengahkan kreativiti anda
kerana ia lebih memberikan kepuasan.
Kehadiran
set meja makan menjadi pelengkap utama ruang berkenaan dan kesesuaiannya perlu
diambil kira.
Berikut
beberapa panduan berkenaan pilihan dan reka letak sesuai meja makan:
1
Menentukan jumlah kerusi meja makan
Perhatikan dan kira jumlah penghuni yang ada
Jika mempunyai keluarga kecil, meja makan sederhana sudah mencukupi
Lazimnya meja makan mempunyai dua hingga lapan kerusi
kehadiran tetamu ramai serentak memerlukan ruang makan selesa.
Bagi mengatasi masalah itu, ruang dapur selesa dan ringkas dapat
membantu.
2 Cara mengatasi kerusi makan yang tidak mencukupi
Beli kerusi lipat
Simpan di stor jika tidak memerlukan.
Penyediaan makanan secara bufet amat sesuai.
3 Cara sesuai
menghidupkan suasana di ruang makan
Pastikan meja makan sesuai dengan konsep kediaman.
Perkakasan penting seperti pinggan mangkuk boleh diletakkan secara teratur
untuk kegunaan dan hiasan.
Hiasi dengan lampu gantung atau candelier.
Pastikan lampu itu sesuai dengan konsep dekorasi.
4 Aksesori lain
yang perlu ada
Paling penting cermin hiasan pada latar dindingnya.
Saiz cermin tidak terhad
Anda bebas meletakkan cermin di keseluruhan ruang berkenaan atau bersaiz 2
kaki x 2 kaki.
Antara aksesori lain ialah bingkai gambar atau lukisan sesuai.
Sumber disunting dari http://senihiasyaiza.blogspot.com/2012/11/hiasan-ruang-makan.html dan gambar kredit dari mr.google..
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..