Assalamulaikum semua.. Sedekah? Berapa ramai di antara kita gemar bersedekah.. Sedekah yang paling mudah dan senang adalah senyuman.. Betul tak??? Memang betul sangat.. Hanya sepuluh sen pun dikatakan bersedekah jua.. Apa kata kita mulakan hari kita hari ini dengan bersedekah.. Paling kurang pun sepuluh sen..
Sebenarnya sedekah ini tidak perlu tunggu duit berkepuk-kepuk dalam bank, harta banyak baru nak bersedekah.. Sebenarnya sedekah ini memurahkan lagi rezeki kita malah dapat menghapuskan sebahagian dosa-dosa kita.. Sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai Kelebihan Bersedekah.. Ini hanyalah tambahan ilmu daripada apa yang saya pernah paparkan dulu..
20 FAEDAH SEDEKAH
1 Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah
2 Sedekah dapat menghapuskan dosa
3 Sedekah merupakan pelindung daripada api neraka
2 Sedekah dapat menghapuskan dosa
3 Sedekah merupakan pelindung daripada api neraka
4 Orang yang bersedekah dipayungi oleh sedekahnya pada Hari Kiamat
5 Sedekah dapat mengubati penyakit- penyakit fizikal
6 Sedekah boleh merawat penyakit-penyakit hati / psikospiritual
7 Sedekah menolak berbagai-bagai jenis bala
8 Seorang hamba Allah itu akan mencapai hakikat al-Birr (kebaikan) hanya dengan sedekah
9 Orang yang bersedekah setiap hari akan didoakan balasan yang baik oleh malaikat, akan tetapi sebaliknya kepada orang yang enggan bersedekah
10 Harta orang yang bersedekah diberkati oleh Allah
11 Tidak akan tertinggal harta kepada pemiliknya melainkan harta itu daripada kumpulan harta yang disedekahkan
12 Allah melipat-gandakan pahala kepada orang yang bersedekah
13 Orang yang bersedekah akan masuk ke syurga daripada pintu khusus yang dinamakan Pintu Sedekah
14 Apabila terkumpul amalan sedekah, bersama puasa sunnat, mengiringi jenazah dan menziarahi orang sakit pada satu hari, maka dijanjikan balasan syurga
15 Sedekah dapat melapangkan dada, melega dan mententeramkan hati

16 Apabila orang yang bersedekah juga orang yang berilmu, maka dia berada pada kedudukan paling utama di sisi Allah
17 Rasulullah menempatkan orang kaya yang rajin bersedekah seperti al-Qur’an yang rajin dibaca
18 Sedekah di jalan Allah bersama-sama dengan pengorbanan nyawa merupakan penunaian janji antara seorang hamba dengan Allah dan menyempurnakan ikrar yang dibuat oleh hamba tersebut
19 Sedekah merupakan bukti kebenaran iman seorang hamba Allah
20 Sedekah dapat membersihkan harta dan mengikis kotoran yang menghinggapi harta akibat perbuatan sia-sia, sumpah, dusta dan kelalaian

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
"Harta tidak akan
berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah
tambahkan kewibawaan baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat iaitu;
5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
5 kebaikan di akhirat pula ialah :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Bersedekahlah kamu
sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat
memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air
dapat memadamkan api."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.. Sesungguhnya bersedekah itu indah..
Sumber dari iluvislam.com, facebook mas nazura dan gambar kredit dari mr.google
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..