Ketika anak kecil sedang sakit nih, macam-macam masalah yang kita lalui terutamanya anak tak berselera nak menjamah makanan.. Yelah jika anak kecil tak berselera untuk makan, macam mana nak suapkan ubat untuk mereka kan??? Apapun di bawah ini ada beberapa info yang boleh dijadikan panduan dalam mencari menu yang sesuai ketika mereka sakit..
Anak yang tidak sihat biasanya kurang selera menjamah makanan.
Janganlah paksa mereka tetapi usah juga biarkan mereka langsung tidak makan.
Carilah menu yang sesuai dan dapat terus membekalkan nutrien kepada mereka.
Demam
*Anak yang demam selalunya tidak lapar. Jangan paksa mereka
makan sebaliknya pastikan minum banyak air kerana ketika ini tubuhnya kehilangan
banyak cecair.
*Segera bawa anak berjumpa doktor jika suhu badan terlalu
tinggi, terlalu banyak tidur dan tidak membuang air seperti biasa.
Selesema
*Anak yang dijangkiti selesema perlu minum banyak air. Berilah
mereka minum air masak, jus buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
*Sementara makanan yang sesuai untuk mereka pula adalah sup,
dadih dan jika keadaan mereka bertambah baik, anda boleh memberi mereka
susu.
Sakit tekak
*Apabila diserang sakit tekak, kanak-kanak biasanya suka
makanan suam dan ada yang suka makanan sejuk.
*Bagi yang suka makanan suam, berilah mereka sup pasta dengan
roti putih bersama minuman coklat suam atau jus epal suam.
*Bagi yang berselera makanan sejuk pula, hidangkan makanan
seperti dadih, pisang lecek bersama aiskrim, susu kocak (milk shake) dan jus
buah-buahan.
Muntah-muntah
*Jangan beri sebarang makanan atau minuman kepada anak yang
diserang muntah sehingga perutnya selesa.
*Kira-kira satu jam selepas muntah, berikan anak sedikit air
untuk membasahkan tekaknya.
*Beberapa jam kemudian, berikan lagi air kepadanya dalam
kuantiti yang lebih daripada sebelumnya (jika dia tidak lagi muntah).
*Selepas keadaan pulih, berikan anak makanan yang lembut
seperti bubur nasi, sup ayam dan sup kentang bersama lobak merah.
Cirit-birit
*Tahukah anda bahawa mereka yang mengalami cirit-birit telah
kehilangan banyak cecair dalam badan. Oleh itu, air yang hilang perlu diganti
segera.
*Sekiranya anak membuang air besar lebih daripada sekali dalam
tempoh tiga jam, beri dia minum larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) untuk
menggantikan cecair dan garam yang hilang dari tubuh.
*Sebaiknya beri anak ½ hingga 1 cawan larutan ORS setiap jam
dalam tempoh 24 jam sehingga cirit-biritnya reda.
*Anak akan hanya berselera makan apabila dia sudah rasa selesa.
Ketika itu berilah dia makan makanan yang berkhasiat. Elakkan daripada
memberinya minum susu, jus epal dan makanan yang tinggi kandungan garam atau
gula untuk tempoh sehari dua.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/menu-untuk-anak-sakit-1.150930
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..