Assalamualaikum semua.. Kali nih nak berkongsi info yang berguna bagi ibu dan bapa yang mempunyai anak-anak yang sukar untuk menjmah makanan.. Bukan apa kanak-kanak nih kekadang adakalanya perlu dipujuk untuk makan.. Ada yang jenis nak bersuap, baru nak makan dan sebagainya.. Di sini ada beberapa kaedah untuk menarik minat anak-anak untuk makan.. Ala-ala iklan susu kat tv ler katakan.. Hehehe..
Bukan mudah hendak menyuruh anak kecil makan. Kanak-kanak amat
suka kepada perkara yang menarik dan dekat dengan mereka. Karektor kartun,
warna-warni dan lucu antara yang dekat dengan rutin harian mereka.
Untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat yang sewajarnya
bagi membantu tumbesaran fizikal dan mental yang sihat, papa dan mama perlu
memujuk mereka mengambil hidangan.
Jika anak dalam kategori sukar makan atau memilih makanan yang
dihidang, mereka berkemungkinan akan menghadapi masalah kurang nutrisi serta
berisiko mendapat masalah kesihatan lain.
Jadi, ibu dan bapa perlu kreatif dan bijak memastikan
anak-anak mendapat khasiat makanan untuk mereka. Cubalah beberapa panduan
berikut, mana tahu anda dapat memikat hati si manja untuk suka makan.
1 Sediakan hidangan makanan yang dihias menarik dan
warna-warni.
2 Berkreatiflah ketika menghidangkan makanan. Misalnya buat
bentuk karektor kartun yang mereka minati menggunakan bahan-bahan makanan
tersebut. Anda boleh mencari pelbagai idea kreatif hidangan makanan kanak-kanak
di pelbagai laman web.
3 Mempelbagaikan kaedah memasak seperti panggang, kukus,
bakar, goreng dan sebagainya yang boleh membangkitkan bermacam-macam rasa, bau
dan rupa yang menarik.
4 Ajak anak menyediakan hidangan bersama-sama agar mereka
teruja untuk mencuba hidangan tersebut.
5 Gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak
digemari anak anda.
6 Anda boleh mencuba makanan yang disediakan di hadapan anak
dan tunjukkan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!
7 Potong makanan kepada bentuk yang kecil-kecil untuk
memudahkan anak-anak memakan dan mengunyahnya.
8 Jika anak anda tidak suka makan sayur, olahkan makanan
tersebut agar sayur tidak dapat dilihat oleh anak anda. Misalnya cincang halus
sayur untuk hidangan sos spageti atau bergedil.
9 Penggunaan pinggan mangkuk yang menarik dengan karektor
kartun dan berwarna-warni turut membantu mereka untuk menjamah hidangan yang
disediakan.
10 Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas
dan tidak pula terlalu sejuk.
Sumber dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/hidangan-menarik-anak-seronok-1.148225 gambar kredit dari Pa & Ma dan annie-q.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..