Tentu anda pernah berhadapan dengan situasi di mana anak menangis apabila dibersihkan tahi telinganya. Ada orang kata
ia disebabkan tahi telinga keras seperti berhabuk.
Biarpun sudah dibawa berjumpa doktor dan dibekalkan ubat untuk
mencairkan tahi telinga, masalah itu masih juga tidak selesai. Pastinya anda
sebagai ibu bapa bimbang keadaan ini akan memberi kesan sampingan sekiranya
kerap menggunakan ubat untuk memcairkan tahi telinga itu.
Menurut Pakar Pediatrik DEMC Medical Centre, Dr Roliza Ibrahim,
telinga kanak-kanak tidak boleh dibersihkan terlalu kerap kerana ini sebenarnya
boleh menyebabkan telinga dijangkiti kuman. Telinga hanya perlu dibersihkan
sekali setiap satu atau dua minggu. Ini kerana tahi telinga selalunya akan
mengalir keluar dan kita hanya perlu mencuci di luar sahaja.
Namun begitu, sesetengah kanak-kanak akan mengalami tahi
telinga keras di mana tahi telinga susah untuk mengalir keluar.
Untuk mengatasi masalah ini, ubat selalunya digunakan untuk
mencairkan tahi telinga supaya ia lebih mudah dicuci kerana tahi telinga yang
keras tidak boleh dan susah untuk dikorek. Penggunaan ubat ini secara
berpanjangan selalunya tidak akan mengundang masalah.
Namun jika tahi telinga tersebut masih tidak boleh keluar
walaupun dengan penggunaan ubat, disarankan ibu bapa membawa anak berjumpa
doktor supaya tahi telinga tersebut boleh disedut keluar.
Tahi telinga keras yang dibiarkan boleh menyebabkan telinga
terasa sakit atau pendengaran agak kurang dan ia juga boleh mengundang jangkitan
kuman.
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..