Assalamualaikum.. Pastinya ramai di antara kita suka makan waffle, tak kira la kanak-kanak ataupun dewasa.. Saya dan anak-anak pun tidak terkecuali suka makan waffle.. Selalu kalau beli pun kalau lalu kat Leomag.. Kalau beli waffle nih suka boh peanut butter ngan jem strawberi.. Sedap..
Tapi sekarang harga pun makin mahal kan.. Dulu-dulu beli harga baru rm2.50, selepas tuh naik ke rm2.80 dan sekarang harga dah mencecah rm3.00.. Kalau beli yang gardenia punya balik kena panaskan, tapi macam tak best sangat macam yang beli panas-panas kat kedai.. Apapun jom cuba resepi yang mudah, boleh dibuat sendiri di rumah..
Kadang-kadang ibu jadi buntu hendak masak menu apa untuk
anak-anak. Kanak-kanak gemar makanan yang ringkas, sedap dan manis. Apa kata
kali ini ibu cuba buat sendiri waffle untuk anak-anak. Pasti mereka
menggemarinya.
Waffle
Masa: 20 minit
Hidangan: 4
Bahan-bahan
* 1/2 cawan tepung gandum
* 75 ml susu segar
* 2 biji telur ( saiz C) asingkan putihnya
* 1/2 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh minyak masak
* 1 sudu teh gula halus
* secubit garam
Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu.
Ketepikan.
2. Dalam bekas berasingan, gaul rata telur kuning, tepung
(ayak bersama baking powder terlebih dahulu , susu, garam, minyak masak.
Masukkan adunan ini ke dalam telur putih tadi. Gaul rata.
3. Panaskan snack maker, sapukan sedikit marjerin
ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira dua minit. Sedap di
makan dengan jem,kaya,aiskrim atau madu berserta buah strawberi.
4. Boleh juga dimasak dalam kuali. Walaupun rupa tak
serupa, rasanya tetap sama.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/jom-buat-sendiri-waffle-1.149004
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..