Apapun meh kita baca info yang berguna untuk kita mengurangkan garam dalam pemakanan kita mulai hari ini.. Bahan rujukan kali ini diperoleh daripada akhbar Berita Harian.. Selamat membaca dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan garam dalam makanan..
Garam apa yang dibayangkan ialah serbuk putih sering digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pengambilan garam sepatutnya lima gram termasuk 'garam tersembunyi'.
Ini merujuk kepada garam terkandung dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa. Makanan siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.
Mungkin ramai masih samar mengenai kehadiran ‘garam tersembunyi, menjelas lanjut mengenai kandungan itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha, berkata corak pengambilan makanan berasaskan garam perlu diberi penekanan dan disiplin bagi mengurangkannya kebergantungan terhadap penambah rasa itu.
Katanya, pengambilan garam yang tinggi antara penyumbang kepada tekanan darah dan peningkatan penyakit angin ahmar dan jantung.
“Apabila menyentuh mengenai penggunaan garam dalam masakan, ramai merujuk kepada serbuk putih digunakan di dapur. Tapi mereka tidak sedar sebenarnya makanan diproses dan sos atau perencah penambah rasa turut mempunyai kandungan garam tinggi.
“Tidak dinafikan pengambilan bahan perasa seperti kicap soya, budu, sos tiram, lada hitam dapat membangkitkan selera, namun perlu diingatkan penyakit berbahaya seperti serangan jantung atau angin ahmar tidak memberikan sebarang isyarat sebelum komplikasi.
“Lebih membimbangkan, penyakit jantung juga dilaporkan punca utama kemasukan pesakit ke hospital bahkan menjadi menyumbang terbesar kepada kes kematian,” jelasnya dihubungi, baru-baru ini.
“Dalam kajian sama, mendapati sos kicap soya adalah makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi. Lelaki juga didapati mengambil lebih banyak garam berbanding wanita.
“Ini memberikan gambaran bagaimana pengambilan dan pengetahuan mengenai garam tersembunyi dalam kalangan umum” jelasnya.
INFO
- WHO menetapkan 7 April sebagai Hari Kesihatan Sedunia.
- Tema 2013- Tekanan Darah Tinggi dan memfokuskan mengenai kesedaran
mengurangkan kadar serangan jantung dan angin ahmar.
- Kira-kira 32.7 peratus (5.8 juta) rakyat Malaysia dewasa berumur 18 tahun
dan ke atas kini dianggarkan menghidap penyakit hipertensi dan perkara ini
semakin meningkat sejak 2006.
- Pertubuhan World Action On Salt and Health (WASH) menetapkan 11 Mac hingga
17 Mac sebagai Minggu Kesedaran Garam Sedunia Ke-6 dengan bertemakan “Less Salt
Please”.
- Kempen itu ditujukan khusus buat industri makanan, katering, pengusaha atau
pengendali makanan (chef), tukang masak di restoran, kafeteria, gerai, restoran
makanan segera dan sebagainya
* Pengambilan garam berlebihan meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan hipertensi.
- Tabiat kurang pengambilan sayuran, buah ditambah dengan peningkatan
pengambilan alkohol, kurang aktiviti fizikal serta obesiti menjadikan keadaan
lebih teruk.
- Sejak 2011 hingga 2012, ada 16 jenis makanan dikurangkan kandungan garam
iaitu biskut, kicap, mi segera, makanan ringan dan daging beku.
- Jumlah penurunan garam adalah sebanyak 2 peratus hingga 40 peratus daripada tahap asal dan ini adalah amat menggalakkan.
Amalkan langkah-langkah berikut:
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin. Sasarkan tekanan darah (BP) anda
pada paras optimum iaitu 120/80 milimeter merkuri (mmHg) atau kurang;
- Hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari
atau 5 gram (g) sehari.
- Kurangkan penggunaan garam semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja
makan
- Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah
perisa berbanding garam, sos atau penambah perisa lain
- Kurangkan pengambilan makanan terproses, segera, diawet, diasin, ditinkan,
dibotolkan atau dijeruk
- Ambil dua sajian buah dan tiga sajian sayur sehari
- Amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan
- Pupuk minda sihat, tangani tekanan, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.
Sumber disunting dari akhbar berita harian
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..