Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

16 May 2014

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum semua.. Lama betoi kan tak mengupdate info kat sini.. Tak pelah, nanti saya akan update kan.. 

Hari nih merupakan hari guru.. Kita akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.. 

Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan juga guru2 yang pernah mengajar saya sehingga berjaya bekerja seperti mana sekarang.. Tanpa guru siapa lah saya.. 

Banyak ilmu yang telah dicurahkan guru2 dan pensyarah sepanjang saya belajar di sekolah sehingga lah ke politeknik.. Terima kasih cikgu.. 






22 April 2014

Hari Bumi

Assalamualaikum semua.. Hari nih masa baca akhbar tetiba terpandang pasal Hari Bumi.. Korang tau ke yang hari nih merupakan Hari Bumi??? Meh baca sedikit artikel berkaitan dengannya..





Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

 

Sejarah Hari Bumi 22 April

Simbol Hari Bumi
Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.




Sumber dari Wikipedia Malaysia



01 June 2013

SeLaMaT HaRi SuSu SeDuNiA

 
 
 
Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Susu Sedunia.. Tahukah anda sambutan Hari Susu Sedunia disambut 1 Jun setiap tahun.. Bagi peminat susu, marilah kita meraikan hari susu nih.. Selalunya susu nih dikaitkan dengan bayi, tapi kita juga perlu minum susu untuk kesihatan.. Bagi yang tidak meminati susu, cubalah hari ini dengan susu berperisa seperti coklat dan strawberi.. Jangan lupa segelas susu setiap hari sebagai permulaan hari anda..
 

 
 








  
 
 
 
 
 
 
 
Banyak sungguh kebaikan susu nih kan.. Apa tunggu lagi, jom kita mulakan hari ni dengan meminum susu.. Sedap!!!..
 
 
 
 
 
Sumber gambar kredit dari facebook Dutch Lady dan mr.google..
 
 
 
 

07 April 2013

Bahaya 'Garam Tersembunyi'

Assalamualaikum semua.. Apapun ari ni saya ingin menceritakan mengenai kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang diraikan pada 7 April.. Tema pada tahun ini adalah Tekanan Darah Tinggi.. Jadi tajuk entry kali ini adalah bertepatan dengan tema Hari Kesihatan Sedunia pada hari ini..

Apapun meh kita baca info yang berguna untuk kita mengurangkan garam dalam pemakanan kita mulai hari ini.. Bahan rujukan kali ini diperoleh daripada akhbar Berita Harian.. Selamat membaca dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan garam dalam makanan..




Garam apa yang dibayangkan ialah serbuk putih sering digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pengambilan garam sepatutnya lima gram termasuk 'garam tersembunyi'.

Ini merujuk kepada garam terkandung dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa. Makanan siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.


 

Mungkin ramai masih samar mengenai kehadiran ‘garam tersembunyi, menjelas lanjut mengenai kandungan itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha, berkata corak pengambilan makanan berasaskan garam perlu diberi penekanan dan disiplin bagi mengurangkannya kebergantungan terhadap penambah rasa itu.

Katanya, pengambilan garam yang tinggi antara penyumbang kepada tekanan darah dan peningkatan penyakit angin ahmar dan jantung.

“Apabila menyentuh mengenai penggunaan garam dalam masakan, ramai merujuk kepada serbuk putih digunakan di dapur. Tapi mereka tidak sedar sebenarnya makanan diproses dan sos atau perencah penambah rasa turut mempunyai kandungan garam tinggi.

“Tidak dinafikan pengambilan bahan perasa seperti kicap soya, budu, sos tiram, lada hitam dapat membangkitkan selera, namun perlu diingatkan penyakit berbahaya seperti serangan jantung atau angin ahmar tidak memberikan sebarang isyarat sebelum komplikasi.

“Lebih membimbangkan, penyakit jantung juga dilaporkan punca utama kemasukan pesakit ke hospital bahkan menjadi menyumbang terbesar kepada kes kematian,” jelasnya dihubungi, baru-baru ini.


“Dalam kajian sama, mendapati sos kicap soya adalah makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi. Lelaki juga didapati mengambil lebih banyak garam berbanding wanita.

“Ini memberikan gambaran bagaimana pengambilan dan pengetahuan mengenai garam tersembunyi dalam kalangan umum” jelasnya.

INFO

  • WHO menetapkan 7 April sebagai Hari Kesihatan Sedunia.

  • Tema 2013- Tekanan Darah Tinggi dan memfokuskan mengenai kesedaran mengurangkan kadar serangan jantung dan angin ahmar.

  • Kira-kira 32.7 peratus (5.8 juta) rakyat Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas kini dianggarkan menghidap penyakit hipertensi dan perkara ini semakin meningkat sejak 2006.

  • Pertubuhan World Action On Salt and Health (WASH) menetapkan 11 Mac hingga 17 Mac sebagai Minggu Kesedaran Garam Sedunia Ke-6 dengan bertemakan “Less Salt Please”.

  • Kempen itu ditujukan khusus buat industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan (chef), tukang masak di restoran, kafeteria, gerai, restoran makanan segera dan sebagainya
    * Pengambilan garam berlebihan meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan hipertensi.

  • Tabiat kurang pengambilan sayuran, buah ditambah dengan peningkatan pengambilan alkohol, kurang aktiviti fizikal serta obesiti menjadikan keadaan lebih teruk.

  • Sejak 2011 hingga 2012, ada 16 jenis makanan dikurangkan kandungan garam iaitu biskut, kicap, mi segera, makanan ringan dan daging beku.

  • Jumlah penurunan garam adalah sebanyak 2 peratus hingga 40 peratus daripada tahap asal dan ini adalah amat menggalakkan.


Amalkan langkah-langkah berikut:



  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin. Sasarkan tekanan darah (BP) anda pada paras optimum iaitu 120/80 milimeter merkuri (mmHg) atau kurang;

  • Hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari atau 5 gram (g) sehari.

  • Kurangkan penggunaan garam semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan

  • Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding garam, sos atau penambah perisa lain

  • Kurangkan pengambilan makanan terproses, segera, diawet, diasin, ditinkan, dibotolkan atau dijeruk

  • Ambil dua sajian buah dan tiga sajian sayur sehari

  • Amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan

  • Pupuk minda sihat, tangani tekanan, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.





Sumber disunting dari akhbar berita harian



21 March 2013

HaRi SiNdRoM DoWn SeDuNiA

 

Saban tahun tanggal 21 Mac tidak pernah dilupakan kepada insan yang dilahirkan sindrom down (SD) apabila seluruh dunia menyambut bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap golongan berkenaan.

Sempena Hari Sindrom Down Sedunia, sejauh mana kesedaran orang ramai terhadap insan istimewa ini? Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Wan Mohd Hanizan Wan Ramlan, berkata di Malaysia, kefahaman masyarakat umum mengenai anak SD masih terlalu rendah.

Atas faktor itu juga anak SD seperti dinafikan hak dari segi pendidikan dan menikmati kehidupan lebih baik.

“Anak SD dilabel sebagai individu lemah pembelajaran bagaimanapun mereka sebenarnya mampu belajar. 
Berbeza di negara maju mempunyai tenaga pengajar khusus untuk mendidik anak OKU, justeru, ia pasti boleh dipraktikkan di negara ini.

Atas kesedaran itu, PSDM menganjurkan kelas khas anak SD bermula peringkat bayi termasuk menyediakan terapi pekerjaan, pertuturan dan fisioterapi. 
 
Selain itu, ramai anak SD ini dihina dan dipinggirkan dari masyarakat.. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan terhadap mereka.. Kehadiran mereka dipandang sepi oleh masyarakat kita.. Apapun mulai hari ini cubalah kita menerima insan yang bergelar sindrom down seadanya.. Kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah.. Apapun mari mengenali ciri-ciri insan istimewa ini..





Ciri-ciri SD:


  • Kanak-kanak SD terbahagi kepada tiga kategori iaitu trisomi, translocation dan mosaic.

  • Mereka mempunyai wajah hampir serupa.

  • Ciri fizikal termasuk mempunyai satu garis pada telapak tangan, mata berbentuk badam, anggota lebih pendek dan otot lemah.

  • Masalah sering dihadapi kanak-kanak SD ialah jantung berlubang, mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru, kurang pendengaran dan penglihatan serta bermasalah pertuturan.

  • Angka sebenar individu SD tidak diketahui kerana masih ramai belum mendaftar dengan JKM.
  • Mengikut kadar kejadian (satu kes SD bagi setiap 800 kelahiran) atau dua peratus daripada jumlah penduduk, dianggarkan ada 50,000 individu SD di negara ini.




Sumber disunting dari akhbar berita harian..