Assalamualaikum semua.. Bagi yang baru memiliki anak kecil, pastinya memerlukan rujukan ini sebagai panduan dalam memberi makanan yang terbaik untuk anak yang disayangi.. Tidak semua makanan yang kita beri sesuai atau tidak bagi anak-anak kecil yang berumur dia antara 6 bulan sehingga 1 tahun.. Di bawah ini disertakan maklumat yang mungkin berguna untuk semua para ibu yang memiliki si kecil..
Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapat daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara berperingkat. Ketahuilah bahawa makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.
Tekstur makanan : Puri yang halus.
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.
8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.
10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.
12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5)
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/bayi/carta-pemakanan-bayi-1.132522
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..