Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat.. Pastinya ramai berasa agak pelik dan janggal bila mengatakan solat sambil kendong bayi.. Selama saya hidup pun tak pernah tengok dan dengar mengenai perkara ini.. Alhamdulillah masa bukak facebook baru ni ada la tertengok cara solat sambil mengendong bayi.. Dapat la saya ilmu baru lagi.. Ilmu ni saya juga nak berkongsi kepada kawan-kawan yang masih tak tahu seperti saya juga..
Sebenarnya solat ni memang mudah jika kita mempelajarinya dengan lebih mendalam.. Allah tidak menyusahkan umat-Nya malah memudahkan dari pelbagai segi.. Jika sakit boleh solat sambil duduk atau baring.. Jika anak kecil merengek tidak mahu duduk, boleh solat dengan mengendong bayi tersebut.. Jadi tiada alasan untuk kita tidak bersolat.. Apapun meh kita belajar cara-cara solat sambil kendong bayi..
CARA MENGENDONG BAYI KETIKA SOLAT
1 Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis (maknanya, tukarkan dahulu dengan lampin atau pampers yang bersih)
2 Memulakan niat solat seperti biasa sambil mengendong bayi
3 Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dah tidak perlu diletakkan di atas dada, kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat
4 Bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya
5 Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya
6 Laksanakan seperti itu hingga solat selesai
Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi
saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat.
(riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi
saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan).
Syarat yang perlu
dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat
seperti:
1 Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam
an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
2 Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus
(khusyu').
3 Dada sentiasa mengadap kiblat.
Sumber disunting dari http://muis.ismaweb.net/2010/05/solat-sambil-dukung-anak/ dan http://msfarahtaufik.blogspot.com/2010/12/solat-sambil-mendukung-bayi/
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..