Assalamualaikum semua.. Lama betul tak berkongsi ilmu di sini ya.. Apa nak buat kekangan masa dan tugas membataskan perkongsian ilmu di sini.. Banyak info nak dikongsikan, tapi tak sempat nak kongsikan.. Oklah, memandangkan info nih agak berguna untuk para ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah nih.. Meh baca info nih untuk panduan kita bersama..
Bagi yang tinggal di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu hari ini merupakan hari pertama cuti sekolah.. Bagi di lain-lain negeri esok baru bermula cuti sekolah.. Memandangkan cuti sekolah telah dan bakal bermula, tentu ada antara anda yang sudah
merancang percutian sekeluarga. Memang seronok dapat bercuti bersama keluarga
tersayang. Membawa anak-anak kecil memang menyeronokkan tetapi persediaan rapi
perlu dilakukan agar keseronokan yang diidamkan tidak bertukar kekecewaan.
Kita sedia maklum tentang sikap kanak-kanak yang mudah meragam, cerewet dan
letih dengan sesuatu yang membosankan mereka. Oleh itu pastikan anda sudah
bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Tip berikut boleh digunakan
supaya percutian anda lebih tenang dan menyeronokkan.
Menyiapkan kenderaan
Sekiranya anda bercuti menggunakan kereta sebagai kenderaan utama, pastikan
anda membersihkan kereta untuk keselesaan anak-anak, sediakan bekas khas
membuang sampah, sediakan buku cerita bersesuaian dengan usia mereka dan alat
permainan untuk mengelakkan kebosanan.
Sekiranya berpergian dengan kapal terbang, pastikan memilih tempat duduk yang
berhampiran pintu keluar. Jika anak masih usia bayi, pastikan menyediakan
barangan kegemaran mereka supaya ia membantu menenangkan mereka ketika kapal
terbang hendak berlepas.
Stok tisu basah
Kanak-kanak cenderung untuk membuat kotoran daripada makanan yang dimakan
atau mungkin muntah tanpa diduga. Oleh itu penting untuk menyediaakan stok tisu
basah sepanjang perjalanan. Ia berguna untuk membersihkan apa sahaja.
Bantal kegemaran
Biasanya si kecil mempunyai bantal kegemaran yang membantu mereka tidur lena
atau menenangkan mereka ketika meragam. Jadi, pastikan anda membawa bersama
untuk mengelakkan ketidakselesaan atau masalah yang boleh mencacatkan percutian
sekeluarga.
Sediakan makanan
Pastikan anda membawa snek berkhasiat untuk si manja sebagai kudapan
sepanjang perjalanan. Percayalah mereka tidak akan berhenti meminta itu dan ini
bagi menghilangkan kebosanan.
Sediakan hiburan
Anak-anak masih belum memahami erti kesabaran. Jika anak anda masih bayi,
mungkin boleh dipujuk untuk tidur usai menyusukannya tetapi bagi yang sudah
berusia setahun ke atas, mereka asyik bertanya “bila nak sampai?” Jika dalam
kenderaan anda mempunyai DVD monitor, pastikan anda menyediakan beberapa VCD
filem kegemaran mereka atau permainan video yang boleh mengurangkan kebosanan
anak-anak.
Sumber disunting dari http://pama.karangkraf.com/tip-percutian-sekeluarga-1.262183
21 March 2014
04 March 2014
Strok Haba
Assalamualaikum semua.. Ishh jarang sungguh nak update kat sini yer.. Okey lah ari nih nak update skit pasal strok haba..
Korang pernah dengar ke pasal strok haba???? Saya pun baru jer tau pasal benda nih dalam seminggu kebelakangan nih..
Strok haba nih disebabkan oleh haba yang terlalu panas dan kurangnya minum air.. Macam cuaca sekarang nih laa.. Apapun meh jengah skit info pasal strok haba..
Apapun selepas membaca info nih, cuba kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air kosong.. Jerebu pun makin teruk sekarang.. Badan kita sekarang memang mudah untuk terkena sebarang penyakit.. Jadi jagalah kesihatan kita baik-baik yer.. Terutamanya kanak-kanak..
Info dikredit dari FB member..
Korang pernah dengar ke pasal strok haba???? Saya pun baru jer tau pasal benda nih dalam seminggu kebelakangan nih..
Strok haba nih disebabkan oleh haba yang terlalu panas dan kurangnya minum air.. Macam cuaca sekarang nih laa.. Apapun meh jengah skit info pasal strok haba..
Apapun selepas membaca info nih, cuba kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air kosong.. Jerebu pun makin teruk sekarang.. Badan kita sekarang memang mudah untuk terkena sebarang penyakit.. Jadi jagalah kesihatan kita baik-baik yer.. Terutamanya kanak-kanak..
Info dikredit dari FB member..
26 February 2014
Cara Mudah Bersihkan Lantai Bilik Mandi
Assalamualaikum semua.. Tak sangka nak bersihkan lantai bilik mandi pun ada petua untuk memudahkan kita.. Yelah, sekarang senang, beli jer kat pasaran macam-macam jenama ada.. Mahal ngan murah pun ada.. Tapi ada cara yang mudah boleh kita cuba di rumah.. Hanya menggunakan garam ngan air mendidih jer..
Jangan sesekali abaikan cucian lantai di bilik mandi sebab jika nak tahu
seseorang itu pembersih atau tidak, selalunya orang akan lihat bilik mandi dulu.
Kadang guna pencuci kurang menjadi, apa kata anda guna cara 'nenek moyang' kita
pula. Anda mungkin boleh amalkan pertua ini:
Masak secerek air sehingga mendidih. Campurkan dengan dua atau tiga senduk
garam. Setelah garam itu larut, pindahkan air garam ke dalam baldi. Siramkan ke
atas lantai bilik. Seelok-eloknya gunakan air garam ketika masih panas.
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/cara-mudah-bersihkan-lantai-bilik-mandi-1.254154
21 February 2014
Pesan Imam Syafie
Assalamualaikum semua.. Memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat, jadi kita lebihkan keagamaan skit.. Hari nih nak berkongsi pesanan Imam Syafie
Sumber dari facebook
Sumber dari facebook
20 February 2014
Resepi Percik Ikan Kembung
Assalamualaikum semua.. Lama betul tak berkongsi ilmu dan info yer.. Maaf lah tak sempat nak cari bahan dan berkongsi kat sini.. Ari nih tengok resepi nih jadi terliur plak nak makan.. Hehehe..
Cuaca panas melampau sekarang nih kekadang mengundang rasa tiada selera untuk makan.. Saya sejak akhir-akhir nih selalu jugak jadi tak selera nak makan sesuatu.. Ari nih tetiba tengok resepi nih, terasa membuka sedikit selera yang memang agak kureng..
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/percik-ikan-kembung-1.252848
Cuaca panas melampau sekarang nih kekadang mengundang rasa tiada selera untuk makan.. Saya sejak akhir-akhir nih selalu jugak jadi tak selera nak makan sesuatu.. Ari nih tetiba tengok resepi nih, terasa membuka sedikit selera yang memang agak kureng..
Bosan juga kalau asyik makan ayam hari-hari, jadi dikongsikan menu yang
menggunakan ikan pula, Percik Ikan Kembung. Bagi resepi ini pastikan kuah percik
dibiarkan lama sehingga kuahnya menjadi pekat dan naik minyak.
Meh tengok resepinya..
Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung
1 biji kelapa | diambil santannya
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai | diketuk
2 sudu makan cili boh
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan bahan perasa
secukupnya
Cara Membuatnya:
- Bersihkan ikan dan panggang hingga masak. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya.
- Kemudian masukkan cili boh dan biarkan hingga garing.
- Masukkan santan bersama serbuk kunyit dan juga serai.
- Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
- Angkat dan curahkan ke atas ikan yang siap dipanggang dan hidangkan.
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/dapur/percik-ikan-kembung-1.252848
Subscribe to:
Posts (Atom)




