15 January 2013

‎11 Sifat Ibu Bapa Cemerlang





 1  Membersihkan hati dan perasaan

 2  Membina kebahagiaan secara proaktif

 3  Mendidik diri sendiri

 4  Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui Al-Mawaddah (kasih sayang) dan Al-Rahmah (kasih-mengasihani)

 5  Mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga

 6  Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul

 7  Mengamalkan suasana yang harmoni dan membina

 8  Menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga

 9  Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai

10 Muhasabah diri sebelum tidur malam

11 Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH




Sumber dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


11 January 2013

15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat



Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.

 1  Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

 2  Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

 3  Melegakan sakit hernia.

 4  Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

 5  Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

 6  Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

 7  Meringankan bahagian pelvis.

 8  Memberi dorongan supaya mudah tidur.

 9  Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10 Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11 Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12 Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (Convulsions).

13 Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14 Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.

15 Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.



Sumber dari Generasi Jutawan Iman & Taqwa dan http://mirlme.com/15-kelebihan-sujud-di-dalam-solat/


Lama betoi kan tak berkongsi info berkaitan agama.. ni pun tertengok dalam facebook..

08 January 2013

Suami Biasa vs Suami Luar Biasa

Assalamualaikum semua.. Menarik tajuk entry nih.. Mesti semua tertanya-tanyakan apa itu suami biasa dan suami luar biasa.. Suami biasa ni yang kita boleh tengok kat mana-mana seseorang yang bergelar suami.. Suami luar biasa nih ada, tapi tidak la sebanyak suami biasa.. Wanita diluar sana yang bergelar isteri pastinya menginginkan suami luar biasa.. Meh kita tengok ciri-ciri suami biasa dan suami luar biasa nih..



Klik kat gambar untuk lebih jelas..



Sumber dari mr.google..


02 January 2013

Bahaya Beri Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan




Walaupun dah berkali-kali di ingatkan jangan beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yang masih amalkan beri air masak pada bayi mereka. Antara sebab desakan orang tua, nak bagi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air dan sebagainya.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan yang menyusu formula.

Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu beri bayi anda susu ibu sekerapnya.



Sumber dari facebook Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung


Tak sangka kan air masak pun jadi bahaya kepada baby di bawah 6 bulan.. Info ni haruslah dikongsi bersama sesiapa yang ada baby bawah 6 bulan..

01 January 2013

SeLaMaT TaHuN BaRu 2013




SeLaMaT TaHuN BaRu BuaT SeMua RaKaN-RaKaN BLoGGeR.. SeMoGa KeHaDiRaN TaHuN BaRu Ini MeMBaWa SiNaR KeBaHaGiaaN DaN KeBaiKaN KePaDa KiTa SeMua.. DiDoaKaN KaLiaN SeMua BeRaDa Di DaLaM KeSiHaTaN YaNG BaiK BaGi TaHuN 2013..




 Gambar kredit dari kreavi.com