Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

26 February 2013

Tips Memastikan Anak Rajin Melakukan Kerja Sekolah (Homework)


Melakukan kerja sekolah? Adakah anak anda malas dan tidak rajin melakukan kerja sekolah? Bagaimana ibu bapa boleh memberi motivasi kepada anak-anak mereka untuk belajar adalah satu soalan yang biasa pada masa kini dan hampir kesemua ibu bapa sedang mencari penyelesaian yang terbaik bagi masalah ini. Kebanyakan kanak-kanak tidak berminat untuk belajar atau melakukan kerja rumah mereka sehingga ada sesetengah ibu bapa perlu untuk bertegas bagi memastikan mereka melakukan kerja rumah meraka. Berikut adalah panduan dan tips mudah untuk memberi motivasi kepada anak anda untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah.



 1  Mewujudkan persekitaran pembelajaran di rumah.
Apabila anak pulang dari sekolah, jika dia melihat ibu bapanya menonton tv ataupun bermain games maka dia akan berminat untuk turut sama. Jadi sebagai ibu bapa kita harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak , sebagai contoh apabila bersama anak-anak anda perlulah melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku di mana anak kita akan meniru atau menyertai aktiviti yang kita lakukan itu.

 2  Biarkan anak-anak melakukan aktiviti lain.
Jangan ajar anak anda untuk belajar sahaja. Pastikan anda memperuntukkan masa yang tetap untuk mereka bermain. Sebagai contoh anda membenarkan anak-anak bermain pada waktu petang manakala waktu malam ditetapkan untuk menyiapkan kerja rumah. Bermain adalah satu aktiviti yang boleh membantu perkembangan anak-anak, menyihatkan badan dan menghilangkan tekanan mereka setelah penat belajar. Anda digalakkan bersama-sama bermain dengan anak-anak anda.

 3  Lepaskan tekanan.
Urus tekanan dan stress anda dengan baik. Ibu bapa yang stress cenderung melepaskannya kepada anak-anak dan ini boleh menimbulkan suasana negatif di rumah. Sebagai ibu bapa anda perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik untuk anak anda. Berikan ruang dan masa untuk anak anda belajar dan menyiapkan kerja sekolah. Pastikan anak anda bebas daripada tekanan belajar dan pastikan anda tidak memaksa mereka. Paksaan tidak banyak membantu tetapi boleh memberi tekanan kepada anak-anak dan kadang kala menyebabkan anak menjadi lebih malas.

 4  Pujian
Apabila anak anda berjaya menyiapkan kerja sekolah maka pujilah mereka bagi menaikkan semangat mereka. Kata-kata pujian seperti “Pandailah anak papa” dan “Bagus, Rajin anak papa” amat membantu dalam meningkatkan motivasi anak anda menyiapkan dan melakukan kerja sekolah mereka.

 5  Penghargaan
Berikan mereka penghargaan atas usaha dan kerajinan mereka untuk menyiapkan kerja sekolah seperti membuat minuman ataupun menyediakan makanan ringan mahupun kuih muih semasa anak anda sedang menyiapkan kerja sekolah.

Secara ringkas, kanak-kanak boleh menjadi lebih bermotivasi untuk menyiapkan kerja sekolah jika kita membuat sedikit usaha kecil seperti di atas. Ibu bapa yang baik pasti inginkan anak yang rajin dan pintar namun anda perlu pastikan cara anda kena pada tempatnya.



Sumber dari http://nur-abdullah.blogspot.com/2011/02/7-tip-anak-mudah-buat-kerja-sekolah.html


Boleh guna untuk Izzat yang malas nak siapkan 'homework' dia.. Jenuh pujuk macam-macam, masih tak jalan jugak..

22 February 2013

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saja ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.




Sumber dari Shukri Abdullah

02 April 2012

Success For Me - Kejayaan Untuk Daku



SUCCESS FOR ME
KEJAYAAN UNTUK DAKU


Let others lead small lives, but not me
Biarlah orang lain hidup cukup makan, tapi bukan aku



Let others argue small matters, but not me
Biarlah orang lain bergaduhan perkara remeh temeh, tapi bukan aku



Let others cry over small hurts, but not me
Biarlah orang lain menangis susah sikit-sikit, tapi bukan aku



Let others leave their future in other people's hands, but not me
Biarlah orang lain menyerahkan nasib mereka bulat-bulat di tangan orang lain, tapi bukan aku



For I know
Kerana aku tahu



That I was born a perfect 10 per 10
Bahawa aku dilahirkan genap 10 per 10



That I was born to succeed
Bahawa aku dilahirkan untuk berjaya



That success is my birthright
Bahawa kejayaan itu hak kelahiran ku



That if it is to be, it is up to me
Bahawa untuk sesuatu berlaku terpulang pada aku



Now I demand my birthright
Kini aku tuntut hak kelahiran ku



I'll do my best and God will do the rest
Aku akan buat sedaya upaya, insyaAllah aku akan dapat segala-gala








Sumber dipetik dari Professor Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman
SOAR Consultings Sdn Bhd




Ni la sajak yang diberikan oleh Professor Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman pada 21-23 Mac di dalam kursus 'Managing Your Supervisors'.. memang menarik ceramahnya, tak rugi menjadi peserta dalam ceramah yang diberikannya. banyak lagi perkara yang disampaikannya boleh dikongsikan di sini bersama..

16 May 2011

Dulu Sahabat Kini Bos


Benar, tiada perkara yang lebih mengembirakan sekiranya memiliki seorang rakan sekerja yang menyenangkan, mudah diajak berbincang mengenai pelbagai perkara tidak kiralah sama ada ia bersifat peribadi atau sebaliknya. Namun, apa yang berlaku sekiranya sahabat yang benar-benar anda kasihi tiba-tiba dinaikkan pangkat menjadi ketua anda?

1 Gunakan kebolehan yang anda miliki dengan melakukan sesuatu perkara yang lebih berfaedah. Elakkan dari berfikiran negatif seperti berperasaan cemburu atas kejayaan dan reputasi cemerlang si sahabat.

2 Jika terlintas di fikiran anda untuk berhenti kerja, fikirkan semula mengenai cita-cita dan impian kerjaya selama ini. Jangan sampai anda memilih jalan keliru kerana gangguan emosi itu.

3 Jika sahabat anda itu bersikap agak 'bossy' lahirkan pandangan dan pendapat anda dengan spontan. Contohnya, menerusi satu gurauan atau usikan. Dengan perlakuan sedemikian, sahabat anda pasti dapat menerima teguran anda itu dengan menganggap sebagai salah satu teguran yang membina.

4 Anda mungkin boleh menyalahkan nasib sekiranya sahabat anda memiliki rezeki yang lebih baik berbanding anda. Tetapi cuba anda fikirkan semula, bukankah itu suatu perkara sia-sia dan tidak masuk akal langsung. Yang penting, anda perlu berusaha lebih kuat untuk terus berjaya di dalam hidup ini.

5 Kejayaan yang dikecapi oleh sahabat bukan bererti kegagalan buat diri anda. Hakikatnya, anda mampu dan berpeluang menunjukkan bakat dan kebolehan anda dalam pelbagai lapangan. Kebolehan dan reputasi anda tidak mungkin akan jatuh hanya disebabkan oleh sahabat yang tiba-tiba menerima kenaikkan pangkat itu.

6 Sentiasa berfikiran positif dan jangan mengganggap anda akan kehilangan seorang sahabat ekoran situasi ini. Pusatkan pemikiran anda pada matlamat karier yang anda impikan selama ini. Anda seharusnya lebih bertenang dalam menghadapi persaingan di dunia kerjaya hari ini.


Sumber dari majalah dara.com

04 May 2011

10 Sebab Anda Gagal Menyelesaikan Tugasan Di Tempat Kerja Dengan Baik


Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.
 
1 Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tidak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.
 
2 Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.
 
3 Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua (tidak tahu apa yang hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik (anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).
 
4 Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana anda tidak mungkin akan dapat melakukannya.
 
5 Anda tiada kemahiran menguruskan masa
Pekerja yang tidak mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.
 
6 Anda seorang yang suka bertangguh
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun klien anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.
 
7 Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara 'memberi dan diberi' antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.
 
8 Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Sesetengah orang adalah fleksible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti yang disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.
 
9 Anda 'Burned Out'
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.
 
10 Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.
 
 
 
Sumber disunting dari http://www.fitrahpower.com
 
 

15 March 2011

Pemikiran Negatif


Fikiran Negatif ada Power Tersendiri Sehebat Gelombang Tsunami

Fikiran negatif punya power tersendiri. Pasti Anda pernah terdengar sebuah buku bertajuk The Power Of Positive Thinking. Buku ini menerangkan tentang kesan amalan berfikiran positif dalam kehidupan – kerjaya, kekeluargaan, perniagaan, perhubungan, tabiat dan mindset. Anda perlu sedar, setiap perkara yang ada di dunia ini ada lawannya. Positif lawannya negatif. Ada sebuah buku ditulis dengan tajuk Power Of Negatif Thinking, tugasnya menerangkan tentang kesan pemikiran negatif dalam kehidupan. Fikiran negatif juga ada powernya. Nak jadi cemerlang, seboleh mungkin elakkan berfikiran negatif.


Fikiran negatif kerjanya memusnahkan, fikiran positif kerjanya membina. Membina sesuatu agak lama, sedangkan memusnahkannya sekelip mata saja. Lihat bencana Tsunami. Datangnya sekali dalam puluhan tahun, namun impaknya besar sekali. Tsunami memusnahkan kota yang dibina bertahun-tahun lamanya.


Fikiran negatif jika ada pada Anda, ia akan menjadi pemusnah sehebat Tsunami, memusnahkan harapan Anda dan menguburkan impian Anda yang Anda sudah bina bertahun-tahun. Amat bahaya jika Anda berfikiran negatif. Anda susah nak maju, susah nak bergaul, susah nak cemerlang dalam apa jua yang Anda lakukan.


Fikiran negatif ada pada setiap orang kerana setiap orang ada ketidaksukaan pada seseorang yang lain. Setiap orang ada kebencian dan kebusukhatian masing-masing, cuma dalam kuantiti berbeza. Orang yang benar-benar berfikiran positif adalah orang yang tidak ada hasad dengki, tidak ada benci hatta sakit hati sedikitpun. Orang sebegini tidak pandai marah dan mukanya lembut saja. Dia mungkin lurus bendul tapi ketahuilah hatinya sangat bersih. Ada lagi ke orang sebegini? Andalah penentu hidup Anda. Semuanya bermula dari fikiran. Ketenangan hidup, kebahagiaan dan kejayaan, semuanya bermula di minda di pandu oleh ilham dari Yang Maha Esa. Minda bertindak ibarat sebuah doa. Apa yang kita doakan selalu, itulah yang akan kita dapat sama ada cepat atau lambat saja.



Cara Terbaik Untuk Elak Diri Dijangkiti Pemikiran Negatif Dari Orang Sekeliling


Bila Anda berada di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang bermindset negatif dan mereka sedang mengatakan sesuatu yang negatif, sebenarnya Anda sedang menyediakan diri Anda untuk dijangkiti pemikiran negatif. Anda akan terjangkit pemikiran negatif mereka, Anda akan terbawa-bawa oleh cakapan negatif mereka sebab Anda rasa seronok bercakap begitu seperti mereka.


Cara terbaik untuk mengelakkan Anda dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika di minta atau ketika dirasakan perlu. Elakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif. Elak menyertai perbualan bersifat negatif. Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif. Anda tak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif sebab orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan Anda sendiri. Anda akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai mereka. Untuk mengambil hati mereka, Anda kena join. Bila sudah join, bahayanya Anda akan jadi orang berfikiran negatif seperti mereka.


Diam adalah cara terbaik. Diam lebih baik dari bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa -tidak puas hati. Bila sudah tidak puas hati, Anda akan tidak puas hati berkali-kali untuk hari-hari seterusnya.


Sebab Bahaya Duduk Berdekatan Orang Berfikiran Negatif


Selama ni mungkin Anda tak sedar betapa bahayanya duduk berdekatan dengan orang yang fikirannya negatif. Macam mana nak kenal orang sebegini? Lihat dua perkara:

1. Percakapannya.

2. Tindakannya.

Orang berfikiran negatif banyak bercakap mengenai keburukan orang lain, dia biasanya banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia suka menceritakan kegeramannya terhadap sikap orang-orang tertentu, situasi tertentu, benda tertentu. Dia lebih banyak mem’blame’ (menyalahkan). Orang berfikiran negatif cepat memandang buruk pada sesuatu yang baru. Tindakan mereka lebih banyak mengelak dari tanggungjawab. Jika diberi tanggungjawab, orang berfikiran negatif biasanya akan buat ala kadar saja. Dalam bisnes, orang berfikiran negatif berbisnes untuk mencari duit supaya dia cepat kaya. Orang berfikiran positif pula berbisnes untuk dia menabur bakti dan membantu orang lain. Untung dan duit menjadi perkara kedua, kepuasan pelanggan lebih utama. Mindset fikiran negatif wujud tanpa Anda sedari. Jika Anda perasa Anda ada sikap-sikap negatif seperti yang diterangkan tadi, ubah cepat sebab sikap itu akan jadi penghalang untuk Anda cemerlang. Orang berfikiran negatif takkan pernah cemerlang, bahkan berusaha menghalang Anda dari jadi cemerlang.


4 Petanda Bagaimana Kenal Pasti Pemikiran Negatif Dalam Diri Seseorang

4 petanda bagaimana nak kenal pasti pemikiran negatif dalam diri seseorang:


1. Lihat pada kata-katanya.

Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.


2. Lihat pada perbuataannya.

Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.


3.Lihat pada hidupnya.

Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.


4. Bila di tegur, dia melenting pula.

Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran. Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.