07 April 2011

8 Perkara Jangan Diamalkan Selepas Makan



1 Merokok
Kajian membuktikan bahawa menghisap rokok selepas makan bersamaan dengan mengambil 10 batang rokok di mana risiko mendapat kanser adalah tinggi. Sebaik-baiknya hisaplah rokok selepas sejam mengambil makanan.


2 Makan Buah
Mengambil buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung dengan angin. Oleh itu, ambil buah satu hingga dua jam selepas atau satu jam sebelum makan.


3 Minum Teh
Daun teh mengandungi kandungan asid tinggi yang boleh menyebabkan protien dalam makanan yang diambil sukar untuk dihadamkan.


4 Minum Air Berais
Meminum air yang mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan melambatkan proses pencernaan (perut) kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan bersama hidangan. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung.


5 Longgarkan Tali Pinggang
Kes sebegini kerap dilakukan kerana rasa terlalu kenyang. Melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba-tiba kerana ianya boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat. Sekiranya nak longgarkan tali pinggang, eloklah dilakukan sebelum makan.


6 Mandi
Mandi boleh meningkatkan aliran darah ke tangan, kaki dan tubuh yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan menyebabkan sistem penghadaman dalam perut menjadi lemah. Sebaik-baiknya mandilah setengah jam atau sejam selepas makan.



7 Berjalan
Sesetengah orang ada mengatakan bahawa berjalan terus selepas makan boleh memanjangkan usia. Sebenarnya berjalan menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrisi-nutrisi dalam makanan yang diambil.


8 Tidur
Amalan tidur selepas makan boleh menyebabkan makanan yang dimakan tidak dapat dihadam dengan sempurna. Ini akan menyebabkan kita mudah diserang penyakit gastrik dan jangkitan dalam usus.



06 April 2011

Penyakit Gout



Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.


Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.



Tanda-tanda penyakit gout menyerang

* Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.

* Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.

* Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol, kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

Penyakit Gout ini sering berlaku pada lelaki berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas mengalami putus haid. Faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.

Rawatan gout melalui hospital atau melalui kaedah lain mungkin boleh menolong pesakit gout untuk keluar dari masalah penyakit ini.




05 April 2011

Sakit Kepala


Jenis-jenis sakit kepala



Sakit kepala ialah rasa sakit dalam kepala. Ia merupakan masalah kesihatan yang paling lazim berlaku dan paling banyak jenisnya.


Jenis-jenis Sakit Kepala dan Ciri-cirinya


Ciri-ciri sakit kepala




Sakit kepala disebabkan ketegangan.

• Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.

• Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.

• Menyerang pada bila-bila masa.

• Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.



Sakit Kepala Migrain

• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.

• Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.

• Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.

• Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alkohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.

• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.



Sakit Kepala Bertumpu

• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migrain tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.

• Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.

• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.

• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.

• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.



Keradangan Sinus

• Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pengaliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)

• Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.

• Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.

• Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.

• Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.

• Mempunyai sejarah 'demam hay' (rhinitis alergik) dan alahan.



Arteritis Temporal

• Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun.

• Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.

• Penglihatan terganggu.

• Sakit-sakit pada seluruh badan.

• Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.

• Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang.

• Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera.



Faktor-faktor Lain yang Menyebabkan Sakit Kepala

⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.

⇒ Demam yang disebabkan virus

⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur

⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, teh, daging yang telah diawet dan monosodium glutamate

⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic

⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau leher

⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran

⇒ Keracunan

⇒ Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)

⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)

⇒ Tekanan

⇒ Gigi bernanah

⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubat-ubatan lain

⇒ Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.

⇒ Pengambilan alkohol yang melampau



Penjagaan Sendiri untuk Mengawal Sakit Kepala

• Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.


• Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.

• Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.

• Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.

• Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan

• Mandi

• Tutup mata anda dengan kain basah



PETUA MENGURANGKAN SAKIT KEPALA





Daun turi atau daun geti juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala.



Hubungi Doktor Jika...

• Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.

• Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masalah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah menggerakan tangan dan kaki, atau masalah-masalah yang seumpamanya.

• Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala.

• Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang tiba-tiba.

• Sakit kepala yang berlarutan beberapa hari.

• Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejala-gejala lain yang timbul.

• Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik.

• Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala yang luar biasa

• Anda mungkin merasa anda mengidap arteritis temporal




Sumber disunting dari http://dspace.unimap.edu.my

Kekadang sakit kepala jugak, info ni sedikit sebanyak boleh lebih memahami jenis2 sakit kepala yang dialami..

04 April 2011

Tip Menjadikan Kaki Kelihatan Cantik



Setiap kali mandi, jangan lupa bersihkan setiap celah-celah kaki. Ini kerana, bahagian ini merupakan kawasan yang paling lembap. Apabila terkena kotoran atau basah akan menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang enak. Untuk itu, gosoklah celah-celah jari menggunakan sabun khas atau memadai dengan menggunakan sabun mandi.


Potong kuku
Rajin-rajinlah potong kuku. Jangan biarkan kotoran melekat pada jari kuku anda. Selain tidak sedap dipandang, kotoran pada kaki menjadi penyebab timbulnya bau.


Rendam dengan teh
Teh dipercayai boleh membantu dalam menghilangkan bau yang kurang enak. Caranya mudah sahaja. rendamkan kaki di dalam bekas yang siap diisi dengan air suam dam hampas teh selama lebih kurang 10 minit. Bau yang tidak sedap pun akan lenyap.


Serbuk kopi
Selain teh, serbuk kopi juga dikatakan berkesan dalam menyerap bau yang kurang enak. Bungkus kopi ke dalam kain bersih, kemudian masukkan ke dalam kasut selama sehari semalam. Lihatlah hasilnya.


Pola makan
Tidak disedari pola pemakanan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Ini bagi mereka yang menggemari makanan pedas. Ini kerana, makanan sebegini mudah menghasilkan peluh. Pengambilan makanan yang tinggi kalori juga membuat kaki cenderung berpeluh. Justeru, pastikan anda memilih makanan yang sesuai. Pun begitu, tidak ada salahnya anda mahu bertukar selera sesekali. Cuma jika dijadikan tabiat maka itulah yang menyebabkan tubuh anda mudah berpeluh.


Material kasut
Bahan material kasut juga mempengaruhi bau kaki. Sebagai contoh, bahan dari jenis plastik cenderung menyebabkan kaki lebih mudah berpeluh kerana panas. Untuk itu, lebih baik pilih kasut dengan jenis bahan berasaskan kain. Selain itu, jangan sembarangan menyimpan kasut. Selain membuatnya cepat rosak, ia juga boleh menyebabkan timbulnya bau kurang enak. Sebaiknya, simpan kasut di tempat yang sesuai terutama kawasan yang mana aliran udara lancar. Lebih baik anda menggunakan rak kasut dan letakkan silica gel bagi memastikan ia menyerap bau yang kurang enak daripada kasut anda.


Berjumpa doktor
Jika sudah melakukan pelbagai cara namun bau tersebut masih tidak berkesan, mungkin sudah sampai masanya anda mengunjungi doktor. Mungkin dengan kaedah ini, dapat diketahui masalah sebenar bau kaki tersebut.



Sumber dari majalah mingguan wanita

 
 

01 April 2011

Jantung

Jantung berfungsi mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.


Faktor-faktor Risiko Mendapat Penyakit Koronari


Merokok


Merokok menambah kemungkinan sakit jantung sebanyak 3 hingga 6 kali. bahan yang terdapat dalam asap rokok akan :-


* mempercepatkan pembekuan darah


* merosakkan saluran darah dan menggalakkan pemendapan lemak dinding saluran darah

* mengurangkan bekalan oksigen ke jantung

Stress

Bila seseorang mengalami stres atau tekanan perasaan, degupan jantungnya meningkat dan tekanan darahnya juga turut meningkat.

Arteriosklerosis


Arteriosklerosis atau timbunan lemak dalam saluran darah. Arteriosklerosis berlaku akibat mengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti mentega, minyak sapi, kek dan daging berlemak. Lebih tinggi kandungan lemak lebih tinggi pula risiko atau bahayanya.


Akibat saluran darah menjadi sempit dan memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk membekal oksigen ke otak.


Kurang Senaman

* Meningkat kemungkinan sakit jantung sebanyak 2 kali.

* Senaman penting bagi menguatkan otot dan memperbaiki pengaliran darah ke jantung.

* Senaman juga dapat mengurangkan tekanan perasaan.

Darah Tinggi


Darah tinggi boleh menyebabkan penyempitan saluran darah. Hasilnya jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.



Lebih tinggi tekanan darah lebih besar pula kemungkinan serangan sakit jantung.


Diabetes


Diabetes menjadikan saluran darah lebih tebal serta keras dan mengakibatkan seseorang itu lebih mudah mengidap darah tinggi.

Mereka yang mengidap kencing manis mempunyai 2 hingga 3 kemungkinan serangan sakit jantung.


Serangan Jantung Boleh Dicegah



  • Bersenam sekurangnya-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali

  • Makan secara sihat

  • Kekalkan berat badan unggul

  • Berhenti merokok

  • Belajar menangani stres

  • Awasi tekanan darah

  • Awasi paras glukosa darah

  • Awasi paras kolesterol

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


Sumber dari Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang