10 July 2014

3 Sebab "Mudah" Kurang Berat Dalam Bulan Puasa?

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah kita telah pun memasuki hari ke-12 berpuasa.. Cepatkan masa berlalu.. Dah 1/3 bulan Ramadhan telah pun kita lalui dengan baik..

Okey, pastinya ada dikalangan kita telah berjaya menurunkan beberapa kilo selama kita berpuasa ni.. Sapa yang dah berjaya menurunkan berat badan di bulan Ramadhan ni, angkat tangan.. Hehehe..




Rupanya ada juga penurunan berat badan nih hanyalah ketika bulan Ramadhan jer.. Bila masuk jer bulan Syawal, ada yang berat badan kembali ke berat asal sebelum berpuasa dan ada yang bertambah-tambah berat badannya.. 

Mana taknya, ada telan macam-macam hidangan yang enak di hari raya.. Raya kan kita masing-masing akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan juga memenuhi undangan rumah terbuka..

Meh kita jengah skit kenapa perkara sebegini berlaku..

1 Defisit Kalori
Jumlah pengambilan kalori bulan puasa tidak cukup untuk memenuhi keperluan tenaga badan @ DCR. Jadi badan terpaksa bakar simpanan lemak badan.. 

2 Kurang Stress
Dengan pelbagai ibadat bulan Ramadhan, badan kurang stress. Ini stabilkan hormon kortisol badan dan kurangkan penyimpanan lemak badan.

3 Gemuk Air
Ini penyumbang paling utama! Ketiadaan glukos dari sahur sehingga maghrib selama sebulan stabilkan hormon insulin badan. Ini memaksa badan untuk "flush" air. Ini konsep popular most "low carb" diets.


Jadi anda rasa bagaimana? 




Sumber dari fb Kevin Zahri..



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..