Wajah Berseri Bebas Kotoran
Cantik semulajadi memerlukan kulit wajah yang sihat dan bebas kotoran. Berikut adalah tip membersihkan wajah sebagai panduan:
* Jangan gunakan air panas ketika mencuci wajah kerana ia akan mengeringkan kulit muka. Air sejuk pula menyukarkan solekan dibersihkan.
* Jangan gosok kulit muka terlalu kuat. Gosok muka dengan gerakan ke atas agar kekotoran dan sisa solekan dapat dibersihkan dengan sempurna.
* Gunakan minyak bayi atau minyak zaitun ketika menanggalkan solekan. Formulanya lembut dan kulit kekal lembap.
* Gunakan masker dari bahan semulajadi seperti madu dan putih telur untuk menghalus dan melembutkan kulit. Timun dan tomato juga baik untuk wajah.
Sumber dari majalah rapi
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..