06 August 2011

Ramadhan hari ke-6


1 Doa Harian Ramadhan 6: 

اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana maksiat ku dan janganlah menyeksa ku dengan balasan-MU. Jauhkanlah aku daripada sesuatu yang mendatangkan kepada kemungkaran-MU.."

2 Hikmah Ramadhan 6:
"Kemuliaan orang-orang yang berpuasa di sisi Allah berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain, sehingga pahala orang yang berpuasa dicatatkan sendiri oleh Allah SWT..."

3 Kesilapan Berpuasa 6:
"Ramai di antara umat Islam yang banyak menghabiskan masa beniaga dan mencari kekayaan di bulan ini, walaupun mereka diberikan peluang dan ganjaran yang belipat-lipat kali ganda hanya pada bulan ini sekiranya mereka beribadah..."

4 Hadis & Al-Quran 6:
"Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur" - Surah Al-Baqarah Ayat 185

5 Diet Ramadhan 6:
"Buah zaitun enak dimakan dan bertindak melawan mabuk. Daunnya boleh dikunyah sebagai rawatan sakit perut, dan Allah SWT ada menyebut buah zaitun dalam Surah An-Nur ayat 35 (24:35)"

6 Mutiara Kata 6:
"Pada satu pintu kebahagiaan (nikmat) tertutup, pintu yang lain (hikmah) dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita...."



Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com



05 August 2011

Perkara asas puasa


Apakah erti berpuasa yang sebenarnya…? Ramai di antara kita yang masih lagi tidak tahu..Cuma apa yang saya harapkan: Bagi mereka yang terlupa, ingat-ingatkanlah. Bagi mereka yang tahu, sebarkanlah.

APA ITU PUASA
  • Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan
    perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar
    sehingga terbenamnya matahari.

HUKUM PUASA
  • Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
  • Wajib - Puasa pada bulan Ramadhan.
  • Sunat - Puasa pada hari-hari tertentu.
  • Haram - Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.

SYARAT WAJIB PUASA
  • Beragama Islam
  • Baligh (telah mencapai umur dewasa)
  • Berakal
  • Berupaya untuk mengerjakannya.
  • Sihat
  • Tidak musafir

RUKUN PUASA
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat).
  • Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

SYARAT SAH PUASA
  • Beragama Islam
  • Berakal
  • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  • Hari yang sah berpuasa.

SUNAT BERPUASA
  • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  • Melambatkan bersahur
  • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  • Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
  • Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  • Membaca doa berbuka puasa

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
  • Selalu berkumur-kumur
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam kecuali perlu
  • Mengulum sesuatu

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid atau nifas
  • Melahirkan anak atau keguguran
  • Gila walaupun sekejap
  • Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
  • Murtad atau keluar daripada agama Islam

PERKARA-PERKARA YANG DIBOLEHKAN KETIKA PUASA

  • Menyelam dalam air dan membasahkan kepala asalkan air tidak msuk ke dalam perut.
  • Bercelak dan menitiskan ubat kedalam mata
  • Mencium isteri bagi orang yang kuasa menahan nafsu syawatnya.Begitu
    juga dibolehkan memegang tangan dan memeluk isteri dalam bulan puasa
    asalkan dapat mengawal nafsu syawatnya.
  • Suntikan(Injection)dibolehkan dalam bulan puasa,Tetapi boleh juga
    orang yang disuntik itu tidak puasa sekiranya dia sakit dan wajib qada
    puasanya
  • Memasuki subuh dalan keadaan junub.
  • Perempuan yang sudah berhenti haid dan nifas pada malam hari di bulan puasa,boleh melambatkan mandi sehingga subuh.

HARI YANG DISUNATKAN BERPUASA
  • Hari Isnin dan Khamis
  • Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Enam hari dalam bulan Syawal

HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA
  • Hari raya Aidilfitri (1 Syawal)
  • Hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
  • Hari syak (29 Syaaban)
  • Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda;

"Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan." - Hadis Riwayat Muslim


Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr)

Ramadhan hari ke-5


1 Doa Harian Ramadhan 5:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

"Ya Allah, tempatkanlah aku di kalangan orang yang sentiasa momohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-MU yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya..."

2 Hikmah Ramadhan 5:
"Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna, agar kita memperolehi kesan-kesan yang diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu adalah bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak..."

3 Kesilapan Berpuasa 5:
Menghabiskan masa dengan tidur, menonton TV, video dan VCD

"Ramai di antara umat Islam yang banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti seperti yang telah tersebut. Mereka lebih suka menghabiskan masa ke atas perkara yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada diri mereka dari segi agama khususnya - tiada pahala diperolehi malahan kadangkala mendatangkan dosa sekiranya terjebak ke dalam perbuatan yang bertentangan di sisi agama..."

4 Hadis & Al-Quran 5:
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara malunya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

5 Diet Ramadhan 5:
"Tembikai mencuci pundi-pundi dan dalam bahagian dalam perut, membaiki cecair tulang serta mengelokkan penglihatan. Rasulullah SAW pernah makan tembikai dengan kurma yang baru dipetik."

6 Mutiara Kata 5:
"Jadikan Ramadhan sebagai universiti IBADAH, tutorial IMAN, assignment TAQWA, dan amali ISLAMI...Yuran universiti? Tak banyak cuma ZAKAT FITRAH...Moga kita mendapat ijazah KEREDHAAN-NYA..."



Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com


04 August 2011

Ramadhan hari ke-4


1 Doa Harian Ramadhan 4:
 
اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ


"Ya Allah, berilah aku kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah-Mu, berilah aku kemanisan berzikir dan berilah aku kekuatan untuk melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-Mu..."

2 Hikmah Ramadhan 4:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "…Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu"

3 Kesilapan Berpuasa 4:
Tidak menjaga batas agama


"Dari segi aurat dan pergaulan. Aurat - lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula masih ada yang tidak bertudung, apakah erti sebenarnya puasa? Pergaulan juga masih bebas di antara lelaki dan perempuan, walaupun di bulan yang penuh dengan keberkatan ini..."

4 Hadis & Al-Quran 4:
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

5 Diet Ramadhan 4:
"Daging mengandungi banyak khasiat. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Allah SWT menyebut perkataan daging dalam Surah Ath-Thur ayat 22 (52:22)"

6 Mutiara Kata 4:
"Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu membawamu masuk ke dalamnya." - Sahl bin Abdullah At-Tusturi"


Sumber dari Kapt Ir Dr dan www.solihinzubir.com

03 August 2011

3 Golongan yang berpuasa


Kita semua wajib berpuasa di bulan Ramadhan. Tapi adakah puasa kita itu adalah yang terbaik atau sekadar puasa dari makan dan minum? Anda tergolong di dalam golongan yang mana satu???

Golongan pertama
Mereka yang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, puasa mereka adalah berdasarkan kepada perasaan sedar dan insaf kepada perintah Allah yang mewajibkan berpuasa.

Golongan ini akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh kerana itu, di mana juga mereka berada, tersorok atau tidak, mereka tetap memelihara puasanya.

Mereka yang berpuasa kerana Allah sedar bahawa Allah tetap melihat perbuatan mereka walaupun mereka tidak dapat melihat-Nya.


Golongan kedua

Mereka ini berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah. Lantaran itu, apabila berada jauh daripada pandangan manusia, tanpa segan-silu mereka meninggalkan puasa.

Mereka ini berpuasa bukan kerana taat dan patuh kepada perintah Allah tetapi kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa.

Biasanya orang seperti ini berpuasa kerana hendak menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah mahupun pada diri sendiri.



Golongan ketiga

Mereka yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia apatah lagi kepada Allah. Golongan ini dianggap paling hina di sisi Allah.

Bahkan ada ketikanya mereka ini sanggup mengaku sebagai orang bukan Islam supaya terlepas daripada hukuman dan tindakan pihak berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa pengakuan itu boleh membatalkan syahadah.
Sebaliknya, jika mereka tahu kelebihan serta rahmat dijanjikan Allah kepada golongan yang berpuasa untuk mendapat reda Allah, pasti mereka akan ikhlas menunaikan ibadat puasa.


Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah menjauhkannya neraka sejauh 70,000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)



Sumber dari Kapt Ir Dr