03 August 2011

Ramadhan hari ke-3


1 Doa Harian Ramadhan 3:
 
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ
"Ya Allah, limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan-Mu..."

2 Hikmah Ramadhan 3:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu"

3 Kesilapan Berpuasa 3:
Hanya puasa makan dan minum sahaja. Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

4 Hadis & Al-Quran 3:
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:

"Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun..."

5 Diet Ramadhan 3:
Air carrot (lobak merah) adalah baik untuk penglihatan kita kerana mengandungi vitamin A yang tinggi. Namun pengambilan vitamin A yang berlebihan akan menyebabkan masalah penglihatan pula.

6 Mutiara Kata 3:
"Akal yang hidup sentiasa BERFIKIR, jiwa yang hidup selalu BERZIKIR, iman yang hidup selalu BERTENANG, insan yang hidup mesti terus BERJUANG."

Sumber dari kapt Ir Dr dan www.solohinzubir.com

02 August 2011

Cara Nabi Berpuasa


Nabi berpuasa dengan menjaga lima perkara:-

1 Dengan menunaikan juga perkara wajib yang lain
Ramai orang berpuasa, tapi sembahyang tak jaga, lepas sahur tidur balik, bangun pukul 8 pagi baru solat. Ada yang tidur, dari pukul 10 pagi, sampai pukul 6 petang, baru bangun. Zohor ke mana, asar pun lambat.
Jadi, Nabi berpuasa dengan menjaga perkara wajib yang lain. Wajib itu banyak kategori.

i. Perkara wajib dalam diri
Sembahyang, menuntut ilmu, zakat,

ii. Perkara wajib dalam keluarga
Nafkah, menjaga keluarga, mendidik keluarga

iii. Perkara wajib pada masyarakat
Menjaga keamanan masyarakat


2 Menjaga diri dari yang haram
Nabi berpuasa dengan menjaga perkara yang diharamkan seperti berdusta, mengumpat, sumpah palsu, memandang dengan syahwat. Jika seorang isteri menjadi derhaka, jika seorang anak menjadi anak yang derhaka, jika suami menjadi suami tidak menunaikan tanggungjawab.

Kepentingan menjaga perkara haram ini hingga Nabi pernah berkata bahawa, ramai orang yang berpuasa tidak ada apa bagi puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja.


3 Membanyakkan amalan yang sunat
Banyak benda sunat yang disuruh kita buat seperti bersahur memperbanyakkan sembahyang sunat memperbanyakkan membaca quran, menghadiri majlis Ilmu, bersegera berbuka ketika telah masuk waktu, solat tarawikh, solat malam dan lain-lain lagi.


4 Menghindarkan yang makruh
Perkara makruh seperti bercakap yang sia-sia, mendengar perkara yang sia-sia, memberus gigi setelah waktu zohor dan sebagainya


5 Memikirkan kebesaran Allah
Nabi berpuasa dengan banyak mengingati Allah. Baginda akan selalu bertafakkur, membaca Quran, melihat kebesaran Allah, berzikir dan sebagainya.

Dengan banyak mengingati Allah, maka hati ini akan terus dibimbing oleh Allah swt.

Inilah lima perkara, bagaimana Nabi berpuasa. Semoga dengan mencontohi Nabi berpuasa, kita akan lebih menjaga kualiti puasa kita. Semoga, ketaqwaan yang dikurniakan kepada orang yang berpuasa, diberikan kepada kita, dan semoga Allah terus memberikan kebaikan kepada kita di dunia mahupun di akhirat.



Dipetik dari ustaz Amin

Ramadhan hari ke-2


1 Doa Harian Ramadhan 2:
 
اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
"Ya Allah, dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu ya Allah. Berikanlah aku kemampuan membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu..."

2 Hikmah Ramadhan 2:
Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasihati sesiapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang ingin berbuat maksiat agar menahan diri...

3 Kesilapan Berpuasa 2:
Tidak mahu bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

4 Hadis & Al-Quran 2:
"Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." – (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad.

5 Diet Ramadhan 2:
"Meskipun salad bersifat sejuk, ia merupakan sayuran yang baik untuk dimakan. Ia baik untuk kulit, serta membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental."

6 Mutiara Kata 2:
Kalau terasa nak buat jahat dalam bulan Ramadhan, tanya lah iman - tentu iman kata tak boleh...Jangan tanya Aiman - nanti dia kata "Aiman tak kisah"...

 
Sumber dari Kapt Ir Dr dan www.solihinzubir.com



01 August 2011

12 Amalan yang keliru di bulan Ramadhan


1 Berpuasa sebagai adat bukan ibadah. Faktor iman dan mengharapkan keredaan Allah tidak menjadi pendorong utama berpuasa.
2 Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar seperti dusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan.
3 Meninggalkan sahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat subuh.
4 Ibadah solat fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan ramadhan saja.
5 Bersungguh-sungguh melakukan solat sunat terawih dan witir tetapi meninggalkan solat fardhu.
6 Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja, seperti membaca al Quran tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.
7 Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah di awal ramadhan sahaja dan mensia-siakan kelebihan 10 akhir ramadhan termasuk meninggalkan amalan takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk menyediakan persiapan hari raya. Sedangkan jelas kelebihan 10 malam terakhir ramadhan di dalam hadis.
8 Membaca al Quran pada bulan ramadhan sahaja dan berakhir dengan berakhirnya ramadhan.
9 Menganggap berpuasa sebagai waktu rehat. Lalu, menghabiskan sebahagian besar masa dengan amalan sia-sia seperti menonton TV, berbual kosong dan sebagainya.
10 Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seislam yang lain. Mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut.
11 Tidak mengeluarkan zakat harta disamping zakat fitrah. Sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.
12 Melewat-lewatkan pengeluarkan zakat fitrah sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya supaya diagihkan lebih awal kepada umat islam yang berhak menerimanya.



Sumber dipetik dari google gambar kredit dari iluvislam.com



Ramadhan hari ke-1


1 Doa Harian Ramadhan 1:
 
اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. Ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah & jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai..."

2 Hikmah Ramadhan 1:
"Kedatangan Ramadhan mampu menundukkan hawa nafsu kerana rasa kenyang, segar dan berhubungan dengan wanita dapat menyebabkan jiwa menjadi angkuh dan lalai kepada Allah..."

3 Kesilapan Berpuasa 1:
Berpuasa tetapi tidak solat

"Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam."

4 Hadis & Al-Quran 1:
Hadis Abu Hurairah r.a:
"Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

5 Diet Ramadhan 1:
"Kacang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, jenis-jenis kacang hendaklah dimakan sedikit, kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut."

6 Mutiara Kata 1:
"Sentiasalah SETTING niat, UPGRADE iman, DOWNLOAD sabar, UPLOAD lagi usaha, DELETE kan semua dosa, UPDATE doa dan TOP-UP kan ilmu di dada, supaya dapat REDEEM pahala di sana..."

Sumber dari Kapt Ir Dr dan www.solihinzubir.com