25 June 2014

Petua Mengatasi Sinki Tersumbat

Assalamualaikum semua.. Nak berkongsi perihal petua lagi.. Kali ni sinki plak.. Bagi sesiapa yang kerap memasak pastinya kerap mengalami masalah sinki tersumbat.. Adakah korang tahu cara mudah untuk mengatasi masalah ini? Meh kat sini saya sertakan petua yang saya baca.. Semoga ianya dapat membantu para ibu diluar sana melakukan sendiri tugas ini tanpa bantuan tukang paip atau para suami.. Hehehe..




Tentunya ada ramai antara anda yang pernah berhadapan dengan masalah singki tersumbat. Sebelum memanggil tukang paip untuk membaikinya, lebih baik anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. ia bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang anda.



1 Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.

2 Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.

3 Diikuti dengan secawan garam halus.

4 Kemudian curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.

5 Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.

6 Setelah segala kekotoran tersumbat terhapus. Anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.




Sumber dan gambar kredit dari impiana



24 June 2014

Garam Mengembalikan Keserian Seterika

Assalamualaikum semua.. Hari nih saya nak berkongsi petua yang dah saya cuba dan ianya berkesan..  Anda pastinya pernah mengalami di mana seterika anda 'makan' kain dan kotoran.. Pasti bermacam cara yang anda lakukan untuk hilangkannya.. Di sini saya pinjam petua yang mudah untuk dilakukan untuk mengembalikan kecantikan seterika..




Pernahkah anda mengalami keadaan dimana, ketika menseterika baju, tiba-tiba seterika anda meninggalkan kesan hitam yang akhirnya melekat pada pakaian. Adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengatasi masalah bahagian bawah seterika yang hangus. Berikut adalah cara yang cepat dan mudah.


Bahan yang anda perlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap.

Mudah dan senang. Selamat mencuba.




Sumber dan gambar kredit dari majalah impiana


23 June 2014

Waktu-waktu Baik untuk Berdoa

Assalamualaikum semua.. Lama bebenar ye menyepikan diri.. Agak sibuk kebelakangan nih.. Maaf ye jika ada yang menjengah blog nih stay entry yang lama jugak..

Ari nih saya mengumpulkan segala kekuatan dan kerajinan untuk mengupdate entry yang terkini buat pembaca sekelian..

Harap pembaca sekelian, memaafkan kekurangan yang ada ye.. 


 



Sumber dari facebook..