22 January 2014

Petua Kuatkan Akar Rambut

Assalamualaikum semua.. Korang pernah tak alami rambut gugur bila mana menyikat rambut atau syampu rambut??? Yelah, selalunya yang mengalami masalah nih, wanita yang baru bersalin.. Kalau lama bersalin, kenapa ye??? Saya pun mengalami keguguran rambut tak kiralah masa menyikat rambut atau pun syampu rambut..

Meh kita sama-sama mencuba petua nih.. Manalah tau berkesan kan..




Rambut gugur sebenarnya berpunca daripada akar rambut yang tidak sihat dan kuat. Jadi anda boleh amal beberapa petua yang dikongsikan dengan hanya menggunakan lobak merah atau serai. Pihan di tangan anda, mana-mana bahan yang mudah didapati, anda boleh lakukan dan rawat sendiri.
  • Parut lobak merah dan perah airnya. Basahkan kepala dengan perahan air lobak merah tadi dan urut perlahan-lahan selama 10 minit.

  • Titik batang batang serai. Kemudian campurkan bersama dua gelas air dan rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Sapukan air rebusan serai tadi di atas kepala sehingga mencecah akar rambut. Amalkan setiap hari.




Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/kuatkan-akar-rambut-1.241197




20 January 2014

9 Sifat Mazmumah (Tercela)

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin buat semua.. Ari nih pastinya ada yang liat skit memandangkan cuti selama 3 hari kerana Jumaat lepas cuti Thaipusam kan.. Okey lah, ari nih nak berkongsi sifat Mazmumah (tercela).. Pastinya kita tak mahu tergolong dalam sifat nih kan..

Jom baca artikel kat bawah nih..






15 January 2014

Petua Hilangkan Selesema

Assalamualaikum semua.. Hari nih nak berkongsi petua yang mungkin dapat membantu ibu2 diluar sana yang mempunyai bayi yang selesema.. Pastinya bayi kurang selesa dengan keadaan hidung tersumbat nih..


 Kerisauan seorang ibu semakin menjadi apabila bayi kecilnya sudah beberapa hari mengalami selesema yang tidak reda. Merengek dan enggan menyusu membuatkan ibu semakin bimbang.
Amalkan petua untuk menghilangkan selesema di kalangan bayi. Mungkin anda boleh cuba petua ini, mana tahu ia serasi dengan bayi anda.
1 Guna kapur sirih dengan kunyit. Ambil kunyit hidup dan digesekkan dengan kapur makan. Sapu sepanjang batang hidung bayi.
2 Madu membantu mengeringkan kahak. Campurkan madu dengan susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
3 Daun sirih juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan menggunakan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.


 

Sumber dari http://pama.karangkraf.com/petua/petua-hilangkan-selsema-1.239255


13 January 2014

Wanita Perlu Lebih Tidur

Assalamualaikum semua.. Salam Isnin buat semua.. Tidur, semua orang perlu tidur.. Kanak2 perlu tidur sekitar 8 jam, orang dewasa sekitar 6 jam dan sebagainya.. 

Tahukah korang yang wanita perlu lebih tidur berbanding lelaki.. Alasannya, meh kita jenguk apa yang menyebabkan wanita perlu lebih tidur berbanding lelaki..


Wanita yang kurang tidur dikatakan sering mengalami kemurungan dan kerap marah.

 
Otak lakukan banyak tugas pada siang hari ambil masa pulih

Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki?

Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari.

Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah.

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report. 


Risiko penyakit jantung

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh.

Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.

Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.

Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk.

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough.

“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. 





Sumber dari  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wanitaperlulebihtidur/Article/



10 January 2014

Husnudzhon - Bersangka Baik

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat.. Meh hari nih kita bersangka baik di atas segala yang berlaku..

 









08 January 2014

5 Kelebihan Makanan Pedas

Assalamualaikum semua.. Ada antara kita memang sukakan makanan pedas.. Kalau tak de cili memang tak kick lerr.. Paling kurang makan ngan sambal belacan atau sambal kicap.. Ada pendapat menyatakan tak bagus terlalu kerap makan makanan yang pedas.. Walaubagaimanapun di sini ada beberapa info tentang kelebihan makanan pedas nih.. Meh jenguk dulu..

 





1 Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.


2 Menyihatkan jantung
Menyihatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.


3 Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.


4 Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat. 


5 Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.









07 January 2014

Simptom Gastrik

Assalamualaikum semua.. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua yang sudi menjengah blog amatur saya nih.. 

Lama betul menghilangkan??? Apa nak buat tak sempat nak update blog sebab keja memang bertimbun2.. Nak buat auto publsih pun tak sempat.. Untuk mengurangkan rasa rindu terhadap bahan2 bacaan, meh la tengok simptom2 gastrik.. 

Yelah, mungkin ada antara kita pernah mengalami simptom2 nih tapi kurang ambik tahu kenapa dan mengapa.. Jadi diharapkan paparan ini dapat membantu kengkawan diluar sana yang masih kurang pasti akan simptom2 yang menjurus ke arah gastrik nih..






Entry lain akan menyusul bila mana ada masa yang mencukupi untuk menaip maklumat di sini.. Buat masa sekarang setakat copy and paste boleh laa sebab masa memang mencemburui..