Assalamualaikum semua.. Penah tak korang tidur lebih dari 6 jam??? Bagi aku memang pernah.. Kekadang tuh qada' tidur, ada ke istilah nih??? Ada la bagi aku, cover tidur hari yang sebelumnya yang kurang tidur.. Tapi tahukah korang yang ianya tidak bagus untuk kesihatan, malah ada kesan lain plak pada diri kita.. Meh baca info yang diperolehi nih..
Pakar-pakar perubatan telah mencadangkan supaya waktu tidur dicukupkan selama
enam jam setiap hari. Bagaimanapun, sekiranya ia sengaja dilebihkan maka ada
risiko kesihatan yang menanti. Ingin mengetahui apakah kesannya maka ikuti
artikel di bawah:
Kencing manis
Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama
daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis.
Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun temurun tetapi, dengan mengamalkan
tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.
Sakit jantung
Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko
untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian
yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak
digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.
Mudah lupa
Tahukah anda bahawa tidur bagus untuk membentuk ingatan. Tetapi, waktu
tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan
negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel
otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia
mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk apabila usia kian
meningkat kelak.
Tekanan
Banyak kajian telah membuktikan bahawa individu yang berhadapan dengan
tekanan cenderung untuk tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya. Pasti
mereka beranggapan dengan mempraktikkan cara tersebut, masalah yang dideritai
boleh diselesaikan tetapi hakikatnya ia hanya memburukkan lagi keadaan dengan
merasa diri lebih terbeban dan tertekan.
Kenaikan berat badan
Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang
tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan
berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka
yang ‘mendapatkan’ tidur secara normal.
Jejas kecantikan
Terlalu banyak tidur juga boleh menjejaskan kehidupan sosial seseorang.
Sewaktu sedang enak tidur, anda sebenarnya telah ketinggalan pelbagai aktiviti
yang berfaedah dilakukan bagi meningkatkan keyakinan, kecantikan serta
produktiviti diri. Sedikit sebanyak, ia menjejaskan daya tarikan sekali gus
membuatkan anda kelihatan kurang menarik berbanding sebelumnya.
Oleh itu, kembalilah ke waktu tidur normal bagi menyegarkan dan menyihatkan
tubuh badan seperti sebelumnya.