23 September 2013
Atasi Nafsu Makan
Jika anda tidak mengawal nafsu makan yang berlebihan, segala usaha untuk menurunkan berat badan hanya sia-sia. Ini kerana jumlah kalori yang masuk ke dalam badan lebih banyak daripada yang dikeluarkan. Untuk atasi nafsu makan yang berlebihan, cubalah tip ini:
Tetapkan tujuan diet anda
Tentukan berapa lama masa yang anda perlu untuk mencapai target program diet yang anda lakukan. Anda juga boleh memastikan target anda boleh Berjaya dalam jangka masa pendek.
Sarapan
Jika anda melewatkan waktu sarapan, badan akan kekurangan glukosa yang diperlukan untuk melakukan aktiviti atau senaman. Biasanya, seseorang akan mengambil minuman soda atau mengandungi karbohidrat yang tinggi setelah mereka melewatkan sarapan.
Tunggu seketika
Perut anda mengambil masa selama 10-20 minit untuk member isyarat kepada otak bahawa anda kekenyangan. Oleh itu, sebelum makan minumlah segelas air putih dan sudah tentu anda hanya menghabiskan satu hidangan kecil makanan sahaja.
Lakukan aktiviti selepas makan
Aktiviti ringan mampu mengelakkan keinginan untuk makan. Cukuplah aktiviti ringan ini seperti menelefon klien, mencari bahan di internet atau menyelesaikan tugasan kerja di pejabat yang tertunda. Ini boleh membuatkan anda fokus dan lebih peka.
Sumber dari http://mingguanwanita.karangkraf.com/atasi-nafsu-makan-1.198258
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..