Assalamualaikum semua.. Mungkin ada diantara kita mengalami masalah tekanan darah rendah.. Bagi diriku jika kepala terasa pening selalunya disebabkan tekanan darah rendah atau tidur yang tidak cukup.. Selalunya aku hanya akan meminum air milo pekat (coklat pekat). Air milo yang dibancuh tanpa gula dan pekat.. Uisshh memang sedap.. Tak payah nak letak gula sebab ianya dah cukup manis.. Cubalah..
Ok la berbalik citer untuk mengatasi masalah tekanan darah rendah ini.. Ada bahan yang aku dapat hasil pencarian di dalam internet.. Maaf la sekiranya ada yang kurang faham, mungkin tercicir masa translate.. Yelah, bahan yang dapat majoritinya dalam bahasa indonesia, jadinya terpaksa la translate agar lebih faham kan.. Apapun meh la baca.. Jika ada kesilapan atau kekurangan, jangan segan untuk menegur ye..
Cara meningkatkan tekanan darah rendah. Adakah Anda merasa pening dan lemah setelah berada di dalam cuaca cerah dan panas? Ada kemungkinan bahwa Anda mungkin menderita tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah dapat ditingkatkan dengan membuat beberapa perubahan dalam gaya hidup seseorang dan cara makan yang tepat.
Seorang perlu memiliki tekanan darah normal sekitar 120/80 mm Hg. Namun, ketika tekanan darah turun di bawah bacaan ini (90/60 mm Hg), dikatakan bahwa orang yang memiliki BP yang rendah. Hipotensi atau tekanan darah rendah tidak dianggap sebagai keadaan yang tidak menyebabkan kematian, namun jika orang mengalami tekanan darah rendah ini beberapa gejala yang timbul adalah pening, pengsan, keletihan, gangguan tidur, kecemasan, tangan terasa sejuk, penglihatan kabur, dan lain-lain.
Tekanan darah rendah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti dehidrasi darah ringan atau berat, radang pada organ-organ tubuh seperti pankreatitis akut, kelemahan pada otot dari denyutan jantung yang lambat, dan lain-lain juga dapat menyebabkan tekanan darah rendah. Bahkan beberapa pengambilan ubat tertentu boleh menyebabkan keadaan ini.
Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah
Setiap ubat biasanya akan diberikan jika Anda dapat mengetahui penyebab sebenarnya. Tekanan rendah juga tidak terkecuali dan pengubatannya bergantung pada faktor penyebab. Secara umum, tekanan darah rendah dapat ditingkatkan dengan membuat perubahan tertentu dalam gaya hidup seseorang dan makanan yang biasa dimakan.
1. Minum banyak air
Jika seseorang mengalami keadaan pening kerana dehidrasi, sangat penting untuk menghidratkan diri dengan minum banyak air. Jumlah cairan yang meningkat akan meningkatkan jumlah darah, yang seterusnya akan meningkatkan tekanan darah. Minum minuman bertenaga seperti 100 plus, revive juga disarankan kerana ia dapat membekalkan tubuh dengan natrium dan kalium, yang akan membantu meningkatkan tingkat tekanan darah dengan cepat. Pada kes parah cairan infus akan diperlukan untuk kes yang over-dehidrasi.
2. Meningkatkan pengambilan garam
Banyak orang yang akan membataskan pengambilan garam kerana takut terkena tekanan darah tinggi, namun sebaliknya dia diserang tekanan darah rendah. Dalam kes tersebut, pengambilan garam dalam makanan harus ditingkatkan. Namun begitu jangan pula terlalu berlebihan, kerana terlalu banyak garam juga sangat berbahaya.
3. Banyak makan makanan kecil
Tekanan darah rendah setelah makan atau hipotensi postprandial boleh dicegah dengan memakan makanan kecil yang rendah karbohidrat namun kerap dimakan. Hal ini kerana selepas makan, lebih banyak darah akan dihantar ke saluran pencernaan untuk proses pencernaan, sehingga boleh mengakibatkan tekanan darah rendah. Mengurangkan pengambilan makanan yang bertepung seperti kentang, pasta, makanan yang dipanggang, dan lain-lain juga disarankan. Duduk setelah makanan juga akan membantu mencegah dip tekanan darah. Hal ini umumnya dapat dilihat pada orang tua.
4. Mengenakan stokin
Mengenakan stokin elastis membantu meningkatkan tekanan darah seseorang dengan mencegah pengumpulan darah di kaki atau bahagian bawah, dan ia juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.
5. Meninggikan posisi kepala
Menggunakan bantal untuk menyokong kepala seseorang ketika tidur di posisi yang tinggi, membantu melawan graviti dan mencegah darah terlalu banyak turun dari kepala. Hal ini akan membantu mengurangkan rasa pening ketika bangun di pagi hari.
6. Bangun secara perlahan
Jika Anda merasa pening ketika bangun dari posisi istirehat baik tidur ataupun duduk. Hal terbaik yang boleh Anda lakukan adalah kembali ke posisi itu dan tetap dengan cara yang sama sampai Anda berasa lebih baik. Orang yang menderita hipotensi ortostatik harus selalu bangkit perlahan dari posisi istirahat mereka, terutamanya ketika bangun tidur di pagi hari. Selain itu, berdiri lama di satu posisi atau mengubah posisi secara tiba-tiba harus dihindari.
7. Minum jus segar
Jika Anda mengalami tekanan darah rendah, minum jus segar setiap hari untuk meningkatkan tekanan darah Anda. Minum dua kali sehari selama hampir satu minggu. Jus lobak segar atau jus delima dipercayai sangat membantu.
8. Makan kismis dan badam
Rendam segenggam kismis selama 1 malam dan dimakan setelah bangun tidur. Pastikan Anda mengunyah kismis dengan baik. Minum air bekas rendamannya juga. Atau jika ingin mengubahnya dalam bentuk yang lain, cubalah menu ini. Pasta badam dicampur dengan susu hangat, rendam badam semalaman, kupas kulit matinya dan dihaluskan dengan menggunakan pengisar (blender). Campur dengan susu hangat dan minum.
Bentuk ringan dari latihan/olahraga juga disarankan, namun perlu diingat latihan yang berat haruslah dihindari. Orang yang menderita tekanan darah rendah kerana kehilangan darah, harus dibawa ke klinik atau hospital dengan segera. Sebelum mencuba sebarang ubat, pastikan Anda berjumpa dengan doktor yang mengetahui tahap kesihatan Anda, kerana ubat berbeza-beza mengikut penyebab utama tekanan darah rendah ini.
Sumber disunting dari: http://kaumhawa.com/mengatasi-tekanan-darah-rendah-alami/#ixzz2TXRakp9n
Info yg menarik.. boleh share tak?
ReplyDeletetq
silalah share..untuk pengetahuan kita bersama..ilmu yang baik elok dikongsi bersama..
Deleteinfo yang menarik.
ReplyDeletePELBAGAI PETUA
salam.. thnks for d info.. mmg betul pon skrg info ni mostly byk in indonesia language.terkebil2 nk fhm..mohon share ya..:)
ReplyDeleteGood info.. Boleh di praktikkan terutama masa pregnant..huhu, hb xpernah tinggi..
ReplyDelete