07 June 2013

Kanser Usus

Assalamualaikum semua.. Hari nih nak berkongsi maklumat mengenai kanser usus.. Sakit yang mungkin bagi kita sekadar sakit biasa-biasa jer yang mungkin disebabkan oleh salah makan, alahan, keracunan makanan, gastrik dan banyak lagi..

Kanser usus istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum.

Rektum ialah bahagian 15 sentimeter (cm) atau enam inci daripada usus besar yang berakhir di dubur. Usus dan rektum sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.


Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Di sini saya ingin berkongsi tanda-tanda dan faktor risiko kanser usus..




Tanda Kanser Usus








Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas, tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:

* Kerap buang air, tetapi tidak tetap rasa tidak puas.

* Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

* Najis bercampur darah.

* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagina hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

* Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

* Perut rasa memulas.

* Terasa asyik hendak membuang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

* Muntah

* Hilang selera makan

* Berat badan turun tanpa sebab.

* Kerap penat

* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.



Faktor Risiko Kanser Usus

* Umur - Individu berusia 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di Malaysia membabitkan warga emas.

* Kehadiran polip dalam usus - Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan aawal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.

* Sejarah keluarga - Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko.

* Sejarah diri yang pernah mengidap kanser - Wanita yang pernah mengidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.

* Pemakanan - Makanan yang kaya lemak, banya daging dan terlalu kurang serat faktor utama meningkatkan risiko.

* Rokok - Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus mengidap kanser usus berbanding bukan perokok.

* Obesiti - Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.

* Alkohol - Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko.

* Kurang bersenam







Sumber disunting dari akbar berita harian




No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..