24 February 2012

Sahabat





Sumber dari iluvislam

23 February 2012

Mulianya Memaafkan Pasangan



 1  Tiada guna mencintai pasangan jika anda tidak berupaya untuk memaafkannya. Maafkan dia jika anda masih menyayanginya. Perasaan cinta dan sayang bermakna anda bersedia untuk menerima dia. Tambahan pun jika dia sudah mengakui kesalahannya dan berusaha memohon kemaafan.

 2  Hadiah kepada diri sendiri. Memaafkan pasangan juga adalah satu hadiah untuk diri anda sendiri. Ini kerana apabila anda memaafkan pasangan anda bermakna anda sebenarnya sedang memberi peluang untuk anda berdua lebih mengenali antara satu sama lain.

 3  Jika masih saling memerlukan. Walaupun anda tidak menyedari anda juga sebenarnya memerlukan dirinya dalam hidup anda. Maafkanlah dia kerana anda juga perlukan dia seperti mana dia memerlukan anda untuk mendidik kesalahannya.

 4  Tunjuk teladan kepada anak-anak. Bagi pasangan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak berikan 'role model' yang baik untuk mereka ikuti termasuklah sikap memaafkan pasangan. Anak-anak biasanya akan mengikut telunjuk dan contoh yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapa dan bakal membesar menjadi orang yang pemaaf.

 5  Hubungan akan berkekalan. Pasangan yang saling memaafkan pastinya dapat membina hubungan yang lebih berkekalan berbandaing mereka yang rumah tangganya sentiasa berantakan dan bergolak walau pun di atas kesalahan yang kecil. Jadi teruskan hidup dengan gembira tanpa ada rasa dendam. Dendam berupaya hilang jika kemaafan yang dipohon sudah berbalas.



Sumber dari majalah nur

22 February 2012

Hidup Kita Adalah Yang Terbaik


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !





Sumber dari mutiarakatahikmah.blogspot.com


21 February 2012

Tip Menyimpan Wang



 1  Tetapkan tujuan menyimpan. Untuk jangka panjang dan pendek. Mungkin jangka pendek ia tidak sesukar mana tetapi dalam tempoh yang panjang ia menjadi sedikit sukar. Perancangan dan pelaburan perlu diatur. Oleh itu, setiap hari, tulislah tujuan menyimpan agar tidak hilang fokus.

 2  Selain buat senarai perbelanjaan mesti yang perlu, buat juga satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dibeli. Setelah itu, beringatlah agar tidak membelinya lagi.

 3  Buang tabiat buruk yang melibatkan wang. Ada beberapa kebiasaan buruk yang tidak baik untuk kesihatan dan wang seperti merokok atau membeli belah berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk itu bukan sahaja membuatkan anada lebih sihat tetapi membantu anda berjimat.

 4  Berusaha untuk tidak menggunakan kad kredit. Menggunakan kad kredit membuatkan anda berbelanja mengikut nafsu. Belajar berbelanja dan membayar dengan tunai. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa banyak wang yang tinggal.

 5  Berkawan dengan orang yang bijak mengurus wang. Berkomunikasi dan berhubung dengan orang yang bijak mengurus wang dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih baik tentang bagaimana cara menyimpan dan mengurus wang. Mereka selalunya mempunyai beberapa idea yang bagus tentang bagaimana mengurangkan kos dan inilah masa untuk anda belajar daripada mereka.

 6  Sekiranya semua langkah di atas dilaksanakan, kewangan anda pada tahun seterusnya akan lebih teratur dan paling penting azam anda untuk menabung Insya-Allah akan tercapai. Tiada istilah awal tahun duit melayang dalam kamus kewangan anda. Semoga berjaya.



Sumber dari majalah nur

20 February 2012

Panduan Menjaga Basikal


Sekecil manapun kenderaan yang dimiliki, ia memerlukan penjagaan rapi. Biar apapun kegunaannya, jangan sekali-kali membiarkan kenderaan anda.

Umpamanya basikal, meskipun digunakan sekali-sekala, ia perlu dipelihara sebaiknya.

* Rantai basikal perlu selalu diminyak. Tidak perlu menggunakan minyak yang mahal-mahal, jenis RP7, WD4D, atau pun minyak mesin jahit sudah memadai. Ini penting untuk pelinciran terutama di bahagian  mekanikal supaya ia bergerak mudah.

* Semua kabel basikal sebaiknya direndam di dalam minyak hitam. Caranya, tanggalkan kabel dan rendam semalaman, jemur sehari supaya minyak titis dan pasangkan kembali. Ia penting sebagai pelincir kabel.

* Gunakan spanar atau peralatan sesuai dengan ukuran betul untuk membuka atau mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak.

* Pastikan basikal anda sentiasa dibersihkan selepas digunakan terutama di bahagian brek untuk mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman.

* Periksa tekanan angin tayar bagi memastikan keselamatan terjamin. Bagaimanapun tekanan bergantung kepada jenis tayar. Periksa had tekanan pada tayar anda sebelum mengisi angin.

* Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui jalan basah kerana kurang cengkaman.

* Pastikan pelana duduk selaras dengan pemegang 'Handle' dan ketinggian penunggang supaya anda tidak mengalami masalah sakit pinggang ketika menunggang. Pelana yang terlalu tinggi akan menyebabkan penunggang terhumban ke hadapan jika anda berhenti mengejut.



Sumber dari petuaseharian.blogspot.com

 

17 February 2012

Batas-Batas Dalam Berhias




Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka mengubah ciptaan Allah.

16 February 2012

Tips Tidur yang Sihat



Keperluan tidur sebenarnya agak berbeza-beza mengikut umur seseorang individu itu. Pada kebiasaanya kita akan tidur dalam keadaan posisi yang berbaring sambil melelapkan anak mata. Namun begitu sedarkah kawan-kawan di sebalik tidur tersebut ia sebenarnya amat bermanfaat dalam kesihatan tubuh badan seseorang. Berikut adalah tips tidur yang sihat.
  • Pastikan anda tidur pada waktu yang sama setiap hari. Seperti contoh sekiranya anda selalu tidur jam 10.00 malam maka tetapkan waktu tidur tersebut setiap hari tanpa lebih dari jam yang ditetapkan. Cara ini dilakukan bagi mendisiplinkan ‘jam tubuh‘ anda.
  • Pastikan bilik tidur anda cukup tenang dan gelap bagi membantu mengoptimumkan fungsi hormon melatonin. Hormon tersebut akan membantu untuk anda tidur dengan sebaiknya.
  • Penggunaan bantal tidur anda juga penting. Pastikan bantal yang ingin digunakan sewaktu tidur tidak terlalu keras dan tidak pula terlalu nipis. Sebaiknya pilihlah bantal yang nyaman dan selesa untuk di peluk dan di letakkan dibawah kedudukan kepala anda.

adab tidur
  • Pastikan setiap dua minggu sekali atau sebulan sekali sarung bantal anda harus ditukarkan kepada yang bersih. Ini bagi mengelakkan masalah kulit muka berjerawat dan sebagainya.
  • Selain itu pastikan keadaan suhu bilik anda tidak terlalu panas atau sejuk. Ini akan menggangu keselesaan anda tidur kelak.
  • Bilik haruslah bersih dari sebarang sampah-sarap, habuk dan kotoran. Sekiranya keadaan di dalam bilik kurang baik maka ia akan memudahkan anda terkena pelbagai penyakit alahan pada habuk (terbersin), batuk-batuk dan sebagainya.
  • Warna bilik yang dicadangkan bagi memudahkan seseorang itu tidur adalah warna biru laut. Kerana ia boleh membuatkan seseorang itu berasa sejuk didalam bilik tersebut.
  • Lakukan aktiviti senaman dengan cara yang teratur pada waktu pagi atau belah petang. Cara ini sedikit sebanyak akan membantu anda memperbaiki kualiti tidur dengan cara yang baik.
  • Elakkan tidur di hadapan televisyen kerana ia akan membuatkan tidur anda terganggu. Pada kebiasaanya kita akan tidur-tidur ayam .

suni3oy101200036
  • Sebelum tidur manjakan diri anda dengan mengadakan urutan, mandian dengan air suam supaya tidur anda akan lebih nyaman lagi.
  • Jauhi diri anda dari melakukan aktiviti senaman ketika tidur kerana tubuh anda berupaya meningkatkan suhu badan dan sekali gus menyukarkan mata anda untuk tidur seperti biasa.
  • Elakkan diri dari melakukan aktiviti yang memerlukan anda memerah otak seperti contoh membuat tugsan pejabat dengan menggunakan komputer riba. Cara ini akan membuatkan otak dan mata anda cepat keletihan dan lesu. Bukan itu sahaja malahan ia akan menjadikan anda mudah tertekan dengan masalah yang dihadapi.
  • Pastikan sebelum anda masuk ke dalam kamar tidur elakkan perut anda dari kekeyangan dan tidak pula terlalu lapar.
  • Elakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi sebab ia akan menyebabkan mata anda bertahan begitu lama.


Sumber dari cahayacinta.com

15 February 2012

5 Rahsia Terbesar Lelaki


Adakah anda sebagai wanita merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia? Pasti tidak!! ini kerana lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka. Jadi apakah rahsia terbesar yang selalu disimpan oleh lelaki?

 1  Cerita xxx- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung ataupun tidak langsung. Ini berkemungkinan disebabkan sifat keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.

 2  Lelaki adalah pengintip!- Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka gemari. Tidak kira samaada mereka sudah berpasangan ataupun tidak, kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki.

 3  Lelaki sukar menolak peluang- Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda!

 4  Lelaki mudah bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit.

 5  Penggoda adalah sifat lelaki- Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.



Sumber dari http://www.top5reason.com

13 February 2012

11 Gaya Memujuk Anak Tidur Awal


Anak-anak memang mempunyai pelbagai ragam. Walaupun mereka aktif pada waktu siang, tidak bermakna mereka akan tidur awal pada malamnya. Berikut ada beberapa tips yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah ini.

 1  Buat jadual yang sesuai untuk keperluan setiap anak, waktu tidur, makan dan bermain. Setelah mengikuti rutin ini pada waktu yang sama, tubuh mereka akan beradaptasi dan akan mengantuk dengan mudah.

 2  Sangat penting mengehadkan kegiatan yang menggunakan fizikal dan mental seperti menonton televisyen, bermain komputer atau permainan yang melibatkan fizikal. Sebaik-baiknya elakkan anak-anak daripada melakukan kegiatan tersebut beberapa jam sebelum tidur. Gantikannya dengan aktiviti yang lebih menenangkan seperti membaca.

 3  Salah satu cara membuat anak berasa mahu tidur adalah dengan membacakan mereka cerita. Kegiatan ini selain menenangkannya juga membuat anak membiasakan otak mereka bahawa ia adalah masa yang tepat untuk tidur.

 4  Pastikan anak merasa nyaman sepanjang malam, misalnya dengan meletakkan bantal peluk atau mainan kesukaannya disampingnya.

 5  Sediakan pakaian yang ringkas dan selesa untuk tidur iaitu jangan terlalu ketat, panas dan tipis.

 6  Jika anak sudah mengantuk, anda boleh tinggalkan untuk anak belajar tidur sendiri tanpa bergantung kehadiran ibu atau bapa.


JIKA CARA DI ATAS TIDAK BERJAYA...

 7  Ajak anak kembali ke tempat tidurnya. Jangan biarkan dia berlama-lama di bilik anda.

 8  Selidik perkara yang membuatkan anak tidak mahu tidur di biliknya. Jiak dia takut kerana gelap, anda boleh memasang lampu malap di biliknya.

 9  Jika anak-anak tiba-tiba menangis tunggu beberapa minit terlebih dahulu baru anda dapatkannya, dengan itu dia lebih berdikari.

10 Kalau anak terus menangis dan memanggil anda setiap kali selepas ditinggalkan, tunggu beberapa saat, sebelum anda melihat situasinya.

11 Beritahu dengan tegas tetapi lembut bahawa ia adalah masa untuk mereka tidur, lama kelamaan mereka boleh memahaminya.



Sumber dari majalah nur

08 February 2012

Rahsia di Sebalik Cara Anda Tidur


Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.

Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu enyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasanganmu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kami dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. 'Si gemuruh' itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu, kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar untuk lebih bertenang.

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

Tidur meringkuk di satu arah
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan melihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namum kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur! Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah...apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu.

Fakta menarik
Kajian yang dijalankan menunjukkan kebanyakan sampel tidur dalam posisi yang sama sepanjang malam dan hanya 5% daripada mereka yang berubah-ubah posisi tidur mereka. Tambah menarik, hanya 1 daripada 0 orang tidur berselimut dengan membiarkan lengan atau kedua-dua belah kaki terdedah.



Sumber dari billyinfo.blogspot.com

03 February 2012

Sejarah Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.







Sumber dari http://ms.wikipedia.com

02 February 2012

Demam


Demam juga dikenali sebagai pyrexia atau hipertermia terkawal merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa seseorang yang sihat tubuh badannya. Suhu normal ialah 36.5-37 darjah selsius. Suhu demam pula melebihi 38.5 darjah selsius. Manakala demam sangat panas 40.5 darjah selsius.


Ubat Demam

 1  Ubat paling mudah didapati dan diambil oleh orang demam adalah 'Acetaminophen' (kumpulan 'paracetamol'). Ubat jenis ini tidak akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah hati kerana ia mengganggu fungsi organ ini.

 2  Ubat dalam kumpulan "Ibuprofen' juga boleh diambil oleh pesakit demam. Walaupun begitu, ubat jenis ini bukanlah untuk bayi di bawah usia enam bulan kerana ia boleh mendatangkan  kesan sampingan seperti kembung perut, muntah-muntah, alahan dan diarea.

 3  Ubat jenis 'Aspirin' jarang diberikan kepada pesakit di bawah usia 18 tahun kerana ia boleh mengakibatkan 'reye syndrom'. Sindrom ini akan menyebabkan kekeliruan, pesakit muntah, dan mengakibatkan kegagalan fungsi hati. Paling teruk, ia boleh menyebabkan koma!

Pengambilan ubat lain seperti 'paracetamol' tidak menjadi masalah untuk mengubati demam. Ia akan membuatkan tubuh berpeluh kerana berlakunya proses fisiologi dalam badan. Ubat jenis 'Acetaminophen' tidak mendatangkan kemudaratan untuk mengelakkan demam menjadi lebih teruk asalkan ia diambil secara terkawal.


Jenis-Jenis Demam

 1  Low grade fever - Demam ini adalah demam normal yang biasa menyerang kita. Jika tidak teruk, anda boleh mengambil langkah selamat dengan mengambil ubat 'Acetaminophen'.

 2  Continuous fever - Demam jenis ini disebabkan jangkitan yang lebih serius. Ia boleh jadi disebabkan radang paru-paru. Suhu rendah akan terus naik tanpa ada kekurangan suhu.

 3  Denggi - Apabila menderita denggi, suhu tidak akan turun (selepas hari ketujuh atau kelapan). Pesakit akan demam selama lima hari tanpa mengambil ubat, suhu akan turun. malangnya, masuk hari ketujuh atau kelapan, demam akan menjadi kritikal.

 4  Demam sekejap-sekejap (Intimitant) - Suhu akan naik dan kemudian turun. Tidak lama selapsa itu, ia akan naik dan turun semula.

 5  Demam yang tidak diketahui - Biasanya ia mengambil masa sehingga dua minggu demam. Ia menandakan ada masalah dalam badan seseorang. Boleh jadi ia adalah tanda awal kanser atau batuk kering.



Sumber dari majalah rapi