21 May 2012

Tubuh Cantik



Anggota tubuh paling utama ini memerlukan penjagaan yang teliti. Kepentingan penjagaannya juga dituntut oleh agama Islam kerana tubuh yang sihat menghasilkan otak yang cerdas. Jika sihat, maka amat mudah untuk anda melakukan segala ibadah yang wajib mahu pun sunat.

* Bersenam adalah cara utama untuk mendapatkan tubuh yang sihat, sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Pastikan anda bersenam secara sihat dengan mengeluarkan peluh dan tenaga.

* Rasulullah SAW berpesan supaya umatnya mandi seawal pagi sebelum masuk waktu subuh kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan bolehmengurangkan lemak yang mengumpul.

* Selain itu, ketika menunaikan solat Subuh, pastikan anda bersujud lama sedikit kerana di kala itu ruang udara yang berada di dalam saluran darah di kepala akan tertutup dengan darah yanga akan mengalir ketika sujud.

* Islam juga melarang umatnya untuk makan mencampuri makanan darat dan laut kerana sebagai contoh badan ayam mengandungi ion positif manakala dalaman ikan pula ion negatif. Apabila kedua-dua bercampur di dalam perut, ditakuti biokimia yang terhasil akan merosakkan usus anda.

* Jika anda mempunyai bajet yang lebih, apa kata sekali-sekala membelai diri di pusat rawatan kecantikan yang bertauliah untuk melakukan skrub di badan. Ia sekaligus dapat membuang segala sel mati. Urutan badan juga mampu memberikan kelegaan. Secara tidak langsung, badan anda akan berasa lebih ringan dan mudah untuk melakukan sebarang pekerjaan.




Sumber dari majalah dara.com

03 May 2012

Kecantikan Kulit Wajah


Ini merupakan aset berharga yang perlu dijaga kerana kecantikan wajah memainkan peranan penting dalam apa jua keadaan. Bermula dari sekarang, jagalah wajah anda sebaik-baiknya kerana anda akan dapat melihat hasil yang positif apabila perubahan berlaku pada muka kesayangan anda itu.

* Langkah paling mudah dan terbaik adalah dengan meminum air kosong 8-10 gelas sehari supaya kelembapan kulit kekal sepanjang hari. Badan manusia memerlukan air yang banyak supaya kulit tidak kering dan merekah.

* Jangan lupa membasuh muka dengan air bersih dua kali sehari. Jika terlalu banyak membasuh muka terutamanya menggunakan pencuci muka, dikhuatiri akan menyebabkan kulit kering dan mengelupas.

* Paling penting, sebelum keluar dari rumah, pastikan anda menyapu krim pelembap supaya menghalang cahaya UV daripada 'mambakar' kulit. Jika tidak, kulit anda akan mengalami kedutan dan terbakar.





Sumber dari majalah dara.com

02 May 2012

Pastikan Rehat dan Tidur Cukup



Panduan sekiranya anda jatuh sakit ketika melancong.

# Maklumkan keadaan anda kepada pramugari.
Jika anda berasa sejuk dalam penerbangan ketika ke destinasi percutian, jangan ragu-ragu memberitahu pramugari anda tidak sedap badan. Ini dapat membantu kerana pramugari kana memberikan anda bantal, selimut atau ubat supaya anda rasa lebih selesa.

# Banyakkan minum air kosong
Usahakan untuk meminum air kosong satu gelas setiap 15 minit. Ia cara terbaik kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Apabila air kurang dalam badan, kita mudah diserang penyakit terutama selesema, batuk dan demam.

# Rehat yang cukup
Berehatlah selama beberapa jam ketika anda berasa kurang sihat. Jangan memaksa diri kerana percutian anda akan menjadi sia-sia jika badan terasa sakit. Keadaan mungkin akan semakin teruk kerana kedegilan anda dan anda mungkin boleh pengsan ketika bersiar-siar atau dalam perjalanan.

# Tidur
Tidur sangat baik untuk membantu mengembalikan kecergasan dan kesihatan. Ini kerana selepas bangun daripada tidur yang cukup, anda akan berasa lebih sihat. Jika anda diserang selesema dan berasa tidak tahan dengan gejala dialami, minum ubat selesema atau demam sebelum tidur.

# Beritahu pihak hotel
Pastikan pihak hotel penginapan anda mengetahui keadaaan kesihatan anda yang sedang sakit. Ini kerana pihak hotel boleh membantu dari pelbagai aspek terutama membawa anda ke hospital atau klinik jika keadaan anda semakin teruk.

# Sediakan ubat-ubatan
Ketika melancong, bawalah ubat-ubatan untuk mengubati sakit yang sering menyerang ketika melancong seperti ubat selesema, batuk, demam, ubat antimabuk dan yang bersesuaian. Pastikan anda membawa baju panas atau jaket walaupun bercuti ke tempat yang tidak terlalu sejuk. Ini antara langkah berjaga-jaga terutama apabila anda selesema. Ini kerana, badan biasanya menggigil ketika selesema walaupun tempat dikunjungi tu mempunyai suhu panas.

# Berjumpa doktor
Apabila semua sudah dicuba seperti banyak minum air kosong, rehat dan tidur cukup serta mengambil ubat yang perlu tetapi masih juga tidak sihat, berjumpalah dengan doktor. Dengan pemeriksaan doktor, anda pasti mendapat ubat yang sesuai dan terbaik untuk sakit dialami. Anda juga boleh mencegah sakit dialami berlarutan, sekaligus merosakkan keseluruhan percutian idaman anda.

# Kebaikan insurans perjalanan
Insuran perjalanan biasanya sering diabaikan kerana ramai beranggapan ia tidak penting. Namun, apabila sakit ketika bercuti, ketika itulah perkhidmatan insurans sangat diperlukan. Dengan adanya insurans, segala kos perubatan anda akan ditanggung.



Sumber dari akhbar harian metro