18 April 2012
Amalan Baik Yang Patut Diamalkan Ketika Mengandung
Bagi yang sedang mengandung, terutama orang Muslim ada beberapa amalan kerohanian yang perlu anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan. Ketika anak masih dalam kandungan, sewaktu ditiupkan roh (setelah berumur 120 hari atau 4 bulan), hendaklah ibu dan bapanya melakukan sesuatu yang boleh mendidik rohani anak mereka dalam kandungan.
Antara amalan baik yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa :
1 Memperbanyak taubat dan istighfar
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2 Berpuasa sunat
Khusus untuk suami, banyak berpuasa atau sekurang-kuranya seminggu dua hari atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan.
3 Tidak bercakap yang sia-sia
Ketika isteri mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia lebih-lebih lagi yang mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah, dan sebagainya. Sebaliknya banyakkanlah berzikir dan bertahmid atau bercakap perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
4 Banyakkan berdoa
Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh dan solehah.
5 Banyakkan membaca Al-Quran
Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca sepanjang tempoh kehamilan :
Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati
Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah At Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
Surah An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisiplin
Sumber dari www.ciklaili.com
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..