20 April 2012
Adab Ketika Berdepan Dengan Masalah
Beristighfar
Pertama sekali, kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "Innalillahi wainnailaihi raji`un". Ayat pertama yang keluar dari mulut anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima.
Siasat Terlebih Dahulu
Apabila masalah anda melibatkan orang ketiga, maka sebaik-baiknya anda perlu menyiasat terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Anda jangan mudah tertipu dengan sebarang maklumat yang disampaikan tanpa anda melihat sendiri perkara tersebut.
Berfikiran Positif
Jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang sangat berat. Fikiran anda perlu sentiasa positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Tanpa dugaan, hidup anda tidak akan mencabar dan kurang pengalaman hidup.
Sabar dan Tabah
Memang dugaan yang diterima agak berat, tetapi kesabaran dan ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya. Apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda, pasti anda tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila ditimpa sebarang musibah.
Reda
Akhir sekali, anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila anda menerima takdir Allah, dengan izin-Nya anda akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda. Jika bertuah, anda mungkin akan menerima berita kegembiraan yang lain selepas itu.
Sumber dari majalah dara.com
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..