02 February 2012
Demam
Demam juga dikenali sebagai pyrexia atau hipertermia terkawal merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa seseorang yang sihat tubuh badannya. Suhu normal ialah 36.5-37 darjah selsius. Suhu demam pula melebihi 38.5 darjah selsius. Manakala demam sangat panas 40.5 darjah selsius.
Ubat Demam
1 Ubat paling mudah didapati dan diambil oleh orang demam adalah 'Acetaminophen' (kumpulan 'paracetamol'). Ubat jenis ini tidak akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah hati kerana ia mengganggu fungsi organ ini.
2 Ubat dalam kumpulan "Ibuprofen' juga boleh diambil oleh pesakit demam. Walaupun begitu, ubat jenis ini bukanlah untuk bayi di bawah usia enam bulan kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kembung perut, muntah-muntah, alahan dan diarea.
3 Ubat jenis 'Aspirin' jarang diberikan kepada pesakit di bawah usia 18 tahun kerana ia boleh mengakibatkan 'reye syndrom'. Sindrom ini akan menyebabkan kekeliruan, pesakit muntah, dan mengakibatkan kegagalan fungsi hati. Paling teruk, ia boleh menyebabkan koma!
Pengambilan ubat lain seperti 'paracetamol' tidak menjadi masalah untuk mengubati demam. Ia akan membuatkan tubuh berpeluh kerana berlakunya proses fisiologi dalam badan. Ubat jenis 'Acetaminophen' tidak mendatangkan kemudaratan untuk mengelakkan demam menjadi lebih teruk asalkan ia diambil secara terkawal.
Jenis-Jenis Demam
1 Low grade fever - Demam ini adalah demam normal yang biasa menyerang kita. Jika tidak teruk, anda boleh mengambil langkah selamat dengan mengambil ubat 'Acetaminophen'.
2 Continuous fever - Demam jenis ini disebabkan jangkitan yang lebih serius. Ia boleh jadi disebabkan radang paru-paru. Suhu rendah akan terus naik tanpa ada kekurangan suhu.
3 Denggi - Apabila menderita denggi, suhu tidak akan turun (selepas hari ketujuh atau kelapan). Pesakit akan demam selama lima hari tanpa mengambil ubat, suhu akan turun. malangnya, masuk hari ketujuh atau kelapan, demam akan menjadi kritikal.
4 Demam sekejap-sekejap (Intimitant) - Suhu akan naik dan kemudian turun. Tidak lama selapsa itu, ia akan naik dan turun semula.
5 Demam yang tidak diketahui - Biasanya ia mengambil masa sehingga dua minggu demam. Ia menandakan ada masalah dalam badan seseorang. Boleh jadi ia adalah tanda awal kanser atau batuk kering.
Sumber dari majalah rapi
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..