15 February 2012
5 Rahsia Terbesar Lelaki
Adakah anda sebagai wanita merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia? Pasti tidak!! ini kerana lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka. Jadi apakah rahsia terbesar yang selalu disimpan oleh lelaki?
1 Cerita xxx- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung ataupun tidak langsung. Ini berkemungkinan disebabkan sifat keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.
2 Lelaki adalah pengintip!- Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka gemari. Tidak kira samaada mereka sudah berpasangan ataupun tidak, kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki.
3 Lelaki sukar menolak peluang- Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda!
4 Lelaki mudah bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit.
5 Penggoda adalah sifat lelaki- Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.
Sumber dari http://www.top5reason.com
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..