30 September 2011

Gembirakan Orang Lain

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.

Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.


Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.


Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.





Sumber dari www.myvitrd.com

29 September 2011

10 Fakta Diet


Tubuh yang langsing merupakan igauan setiap gadis.Tapi adakah impian itu akan terlaksana sekiranya kamu menahan diri dari makan.10 tips penting untuk memiliki tubuh yang cantik dan langsing.




*  1) Minum air sebelum pengambilan makanan .Kamu akan merasa cepat kenyang dan tidak perlu lagi makan lebih banyak.

*  2) Lakukan sesuatu! Gunting gambar baju yang kamu sukai.Dan jadikan ia sebagai inspirasi untuk kamu menguruskan badan.Tanamkan dalam diri kamu bahawa baju yang kamu sukai itu akan dapat kamu pakai.


*   3) Belajar untuk menggemari pelbagai jenis rempah ratus seperti halia, cili api, cili merah, dan lada hitam kerana kesemuanya mendorong pembakaran lemak sehingga 25%.    


*   4) Tidur cukup membuatkan kamu akan terasa kurang makan. University of Chicago, baru-baru ini merumuskan bahawa metabolisme wanita meningkat 40% jika tidur dengan cukup.

*   5) Jangan lupa membuat catatan saat membeli-belah untuk mencegah pembelian barang-barang yang tak diperlukan. Dengan cara ini keinginanmu akan terbatas dan kamu tidak perlu lagi membeli sebarang makanan ringan yang boleh menaikkan berat badanmu.

*   6) Hindari karbohidrat kompleks. Jangan sentuh alkohol, roti dan karbohidrat kompleks.



*   7) Hindari makan ketika malam.Para pakar diet mengatakan ruangan gelap dan kegelapan malam boleh membuatkan kiat makan berlebihan. Cubalah tidur lebih awal. Nyalakan lampu yang terang ,ini akan membuatkan kamu menjadi riang.

*   8) Jangan lupa sarapan. Kamu perlukan tenaga yang lebih untuk bekerja di siang hari. Jangan biarkan perut kamu lapar kerana ia akan menyebabkan kamu makan secara berlebihan.

*  9) Kurangkan makan makanan ringan dan aiskrim yang boleh membuatkan kamu ketagih untuk mengunyah.

*  10) Makan dalam pinggan yang kecil dan belajar makan dalam jumlah yang sedikit.  
 



Sumber dari http://sitirokiah.tripod.com



  


28 September 2011

Mesin ATM Juga Penyebar Bakteria Serupa Mangkuk Tandas


Mungkin tak pernah terbayangkan dalam benak apabila ruang mesin pengeluaran tunai atau automatic teller machine (ATM) merupakan tempat yang sangat ideal bagi penularan penyakit. Padahal, kenyataan membuktikan sedemikian.


Bahkan, hasil sebuah pengujian menunjukkan, mesin automatik transaksi perbankan itu juga ternyata sama kotornya dengan tandas awam kerana merupakan tempat yang sangat ideal bagi berkembang biaknya bakteria dan kuman penyebab penyakit.


Para pengkaji di England sebelum ini telah melakukan penelitian dengan cara membandingkan keypad atau papan kekunci input beberapa ATM dengan tempat duduk tandas awam. Hasil menunjukkan, keduanya ternyata memiliki tahap pencemaran bakteria yang sama.

Sampel dari kedua-dua tempat itu sama iaitu merupakan tempat ideal bagi bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit infeksi dan disebarkan.

"Kami terkejut dengan hasil penemuan ini sebab mesin ATM tercemar bakteria dengan tahap yang sama dengan tandas awam. Selain itu, bakteria yang dkesan di ATM juga sama jenisnya dengan tandas, yang mana menjadi penyebab penyakit paling umum di masyarakat," kata Dr Richard Hastings dari BioCote Ltd, syarikat di bidang antibakteria yang menjalankan kajian ini.

Sebelumnya, dalam sebuah kutipan pendapat terhadap pada pengguna menyatakan, tandas berada di tempat pertama sebagai tempat paling kotor, sedangkan ATM berada di tempat ke-10. Tempat lainnya yang dinilai sebagai sarang berkembangnya bakteria adalah pondok telefon umum serta tempat duduk bas dan kereta.


ATM machines 'as dirty as toilets' - says UK study

Experts took swabs from the numeric key pads on a string of city centre ATMs around England which are used by thousands of shoppers every day.


They then took similar swabs from the seats of nearby public lavatories and compared the bacteria under microscopes in a lab.


The swab were left to grow overnight and samples from both locations were found to contain pseudomonads and bacillus, bacterias which are known to cause sickness and diarrhoea.


Yesterday (Mon) Dr Richard Hastings, microbiologist for BioCote, a built-in, antibacterial product coating, said: "We were interested in comparing the levels of bacterial contamination between heavily-used ATM machines and public lavatories.
We were surprised by our results because the ATM machines were shown to be heavily contaminated with bacteria; to the same level as nearby public lavatories."


"In addition the bacteria we detected on ATMs were similar to those from the toilet, which are well known as causes of common human illnesses."


BioCote carried out the swab tests after they carried out a survey which revealed Brits consider public lavatories to be the biggest health risk.


The study of 3,000 adults also revealed public telephones are considered the biggest health risk.


While public lavatories were thought of as the dirtiest places in the country, chip and pin pads and cash machines only ranked tenth.


Fears over germs spreading saw almost a quarter of people labelling public telephones as 'very dirty' with more than one in ten wiping the handset and buttons down before using one.


And 48 per cent of people – 23 millions adults – even avoid using them altogether unless they have to because they are concerned about the dirt or bugs they may pick up from it.


Only public lavatories were ranked higher than phone boxes in the grime league, with almost two thirds calling them either 'very dirty' or 'fairly dirty'.


Third place in the study went to bus stops, while the dusty and grimy atmosphere in London Underground and metro stations saw them ranked fourth.


Seats on a bus completed the top five, with one in ten people admitting they regularly try to clean or cover them before sitting down.


Tube and tram seats followed close behind in sixth place while cash machines were at number seven.


More than forty-two per cent of Brits – 20 million – reckon the ATMs are dirty, with a quarter admitting they try not to use them to avoid having to touch the buttons, getting cashback from shops instead.


Eighth place went to train stations, followed by the grimy seats on the trains.


Thirty five per cent of Brits are so concerned about using public transport and picking up the dirt and germs that they try not to use a bus, train or tube.


Chip and Pin machines completed the top ten thanks to worries about the germs from the thousands of people who touch the buttons every day.


Dr Richard Hastings added: ''Public telephones can be a real hot spot for germs and grime.


"Not only are they handled by different people each day, but the handsets are then held close to people's nose and mouth."


"All it takes is for one person to have a cold or bug and this would get passed on to everyone else who uses the phone."


"But it's ironic that while people perceive chip and pin pads to be the least dirtiest, our swabbing experiments have actually shown them to be dirtier than public lavatories."


Source: telegraph.co.uk

27 September 2011

Jangkitan Kulat di Bahagian 'Zon V'



Faktor Jangkitan Kulat
  • Pengambilan antibiotik yang turut membunuh lactobacillus atau 'bakteria baik', yang akhirnya menyebabkan keharmonian bahagian sulit tergendala.
  • Apabila lactobacillus berkurangan, bahagian sekitar lebih cenderung terhadap jangkitan kulat.
  • Penyakit kencing manis.
  • Kehamilan (penurunan tahap glikogen dan peningkatan tahap gula dalam badan).
  • Pengambilan berlebihan alkohol.
  • Penggunaan pil pencegahan kehamilan.
  • Perubahan kadar hormon seperti menopaus, akil baligh, haid dan ovulasi.
  • Penggunaan steroid.
  • Sistem imun yang lemah seperti pesakit HIV / AIDS.
  • Douche dan semburan wangian untuk bahagian ' zon V'.
  • Memakai seluar dalam yang ketat seperti G-string dalam tempoh lama.
  • Cuaca panas.
  • Tekanan.
  • Pastikan 'zon V' sentiasa bersih dan kering. Gunakan pelapik celana sekiranya kerap mengalami lelehan dan tukar selalu.
  • Jangan mencuci keterlaluan, cukup sekadar air biasa.
  • Elakkan pakaian ketat setiap hari, selang selikan dengan pakaian longgar.
  • Tukar kerap tuala wanita ketika datang bulan dan tukar seluar dalam bila kotor. Sekiranya menggunakan tampon, pastikan ia dikeluarkan, jangan tertinggal di dalam.
  • Pemakanan dikatakan boleh mempengaruhi bau sekitar bahagian itu. Makanan kaya serat termasuk buah-buahan bagi mengurangkan bau.


Sumber dari akhbar berita harian

26 September 2011

20 Perkara yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki



 1  MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

 
 2  MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

 
 3  SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

 
 4  MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macam mana tu?

 
 5  EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

 
 6  MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

 
 7  PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

 
 8  MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

 
 9  KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

 
10 CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

 
11 MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

 
12 KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

 
13 PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

 
14 KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

 
15 PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16 GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

 
17 PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

 
18 TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

 
19 PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

 
20 SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!    





Sumber dari http://abcdelly.blogspot.com

23 September 2011

Rahsia Surah Al-Kautsar





Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah. Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus keturunan.


Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.


Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

 1  Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.


 2  Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.


 3  Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


 4  Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


 5  Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


 6  Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


 7  Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




Sumber dari google


22 September 2011

Jangan bereksperimen dengan syampu


SEDAR atau tidak, syampu dan perapi kegemaran yang selama ini kita gunakan sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan pada rambut. Syampu yang sesuai sepatutnya dapat memberi khasiat dan kesan sihat pada rambut, bukan sebaliknya.

Berikut beberapa tip dalam memilih syampu dan perapi yang mampu menepati keperluan rambut serta kulit kepala.


 1  LEMBAPAN

Ketika memilih syampu, pastikan ia mempunyai kesan pelembap dan jangan bergantung sepenuhnya pada perapi. Dalam cuaca kering, gunakan syampu jenis pelembap dan cuci rambut secara kerap.

Ia boleh membantu memerangkap lembapan secara minimum sebelum beralih ke produk perapian.




 2  HANYA SATU


Berbeza kepada kepercayaan popular, jangan cuba atau bereksperimen dengan pelbagai jenis syampu dalam masa yang sama. Sesetengah bahan kimia di dalamnya berbeza antara satu sama lain dan mungkin tidak sesuai dengan kulit kepala anda.


Cari produk yang benar-benar sesuai dan kekal dengan produk itu.




 3  MELEKIT


Jika rambut anda jenis berminyak, pilih syampu yang mengandungi ekstrak Jojoba dan pelembap yang minimum. Ia bukan saja dapat membersihkan rambut malah melebatkannya.


Jangan pilih syampu yang kaya dengan minyak tumbuh-tumbuhan kerana ia hanya akan membuatkan rambut akan lembik dan tidak bermaya.




 4  BIASA


Andainya rambut anda jenis normal, gunakan syampu yang kaya dengan pelembap seperti ekstrak teh hijau. Bahan seperti ini memastikan rambut sentiasa cantik berkilau.


Bahan lain seperti ekstrak lidah buaya juga elok untuk mengekalkan keseimbangan rambut normal.




 5  KERING


Kekurangan lembapan mengakibatkan rambut mengalami masalah kekeringan. Jika berdepan masalah ini, pilih syampu yang mengandungi pelembap tambahan dan protein bagi membantu meningkatkan kelembapan berpanjangan.




 6  BOTOL


Jangan terpedaya dengan rekaan botol yang berwarna-warni. Itu sepatutnya menjadi perkara terakhir dalam memilih syampu. Cuba elakkan memilih syampu yang mengandungi terlalu banyak pewarna atau haruman yang menusuk hidung.




 7  KELEMUMUR


Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah menggunakan syampu yang mengandungi salah satu daripada bahan-bahan ini - asid salisilik, selenium sulfida dan zink pyrithione.


Ia efektif untuk menanggalkan kulit mati dan membunuh bakteria, sekali gus memberikan kesan rambut yang lebih sihat.




Sumber dari akhbar harian metro

21 September 2011

Jangkitan Kuman di Paru-paru


Pengenalan
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.


Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang
kanak-kanak itu.
Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
Demam panas
Batuk dengan atau tanpa kahak
Sakit dada
Tiada selera makan, tidak mahu makan
Rasa tidak sihat, sering merengek
Pernafasan laju atau susah bernafas
Muntah atau cirit-birit


Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak
yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
Pernafasan laju
Sukar untuk bernafas
Bibir menjadi biru
Batuk berdarah
Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing


Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.

Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil. Anda boleh mencuba rawatan ini dirumah:
Paracetamol
Rehat yang secukupnya
Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu
dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang
lain.


Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di
paru-paru. Contohnya:
Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua
kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National
Childhood Immunization Programme)
Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah
pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya
kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak
yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila
dapatkan nasihat doktor.




Sumber dari google



20 September 2011

Kasut dan Kaki


KASUT antara aksesori yang gemar dihimpun dan sering ditukar ganti mengikut kesesuaian persalinan. Seperti beg tangan dan perhiasan lain, himpunan kasut juga dikatakan mampu mencecah ke puluhan ribu ringgit.

Kedengaran agak pelik, mengapa perbelanjaan tinggi sanggup dilaburkan demi mendapatkan kasut yang pakai di kaki. Apa kelebihannya kasut mewah ini berbanding dengan kasut yang dilambakkan sepanjang jualan lelong mahupun pasar malam?

Tahan lama dan keselesaan adalah antara faktor utama yang diambil kira sehinggakan ramai yang sanggup berbelanja lebih hanya untuk sepasang kasut.

INFO
Panduan memilih kasut
  • Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Ini kerana otot di kaki waktu itu mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika bersukan.
  • Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki. Pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki.
  • Pilih kasut yang tidak `menggigit' bahagian ibu jari kaki.


Panduan memilih kasut bertumit tinggi
  • Seeloknya tumit tinggi tidak melebihi dua inci (5 sentimeter) memandangkan tumit mampu memberi impak jangka masa panjang terhadap tulang dan postur tulang.
  • Tumit terlalu tinggi, membuatkan kaki seolah-olah menjunam. Ia menyebabkan pemakai berasa penat ketika berdiri atau berjalan terlalu lama kerana terpaksa menahan berat badan.
  • Jika kasut bertumit rendah tidak mampu menyuntik keyakinan pada diri, cuba beralih kepada wedges. Ia mampu membuatkan anda nampak tinggi, wedges juga memberikan keselesaan mendatar kepada pemakainya.



Sumber dari akhbar berita harian





19 September 2011

10 Sebab Utama Wanita Berbohong



1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

 
2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.


3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.


5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.


6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira. Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.


7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.


8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan. Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?


9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan. Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.


10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

4. Hambar



Sumber dari http://abcdelly.blogspot.com

15 September 2011

Siapakah Yang Rugi dan Siapakah Pula Yang Untung?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."

Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.



Sumber dari tazkirah.yolasite.com

14 September 2011

5 Tips dalam Berpasangan



 1  Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?


 2  Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.


 3  Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.


 4  Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?


 5  Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.





Sumber dari blogaku.net dan www.iedaluvsham.com