21 November 2011
Rambut Sihat Dengan Makanan Seimbang
Memiliki rambut yang cantik, sihat dan berkilau pasti menjadi idaman setiap gadis. Kaedah yang ringkas untuk merawat rambut boleh memberikan kesan yang meksimum. Pengambilan nutrisi yang tepat juga memainkan peranan. Berikut merupakan khasiat yang diperlukan untuk mendapat rambut yang sihat.
Air
Kandungan air di dalam rambut adalah 1/4 daripada berat setiap helaian rambut. Agar kelembapan rambut terjaga, pastikan anda minum banyak air setiap hari. Perlu diingatkan, minumlah sedikit demi sedikit namun secara terus menerus. Air bukan sahaja berfungsi untuk mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi. Air juga mampu membuatkan rambut anda lembut dan berkilau.
Vitamin
Vitamin A bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala kerana pada asasnya vitamin ini amat baik untuk kesihatan kulit. Dapatkan vitamin A dari sayuran seperti lobak merah. Vitamin B dan C penting untuk melancarkan sistem peredaran darah, pertumbuhan rambut dan warna rambut. Kadar vitamin B yang cukup dalam tubuh akan terlihat daripada lembapnya rambut dan hujung rambut yang tidak pecah-pecah. dapatkan kedua-dua vitamin ini dari buah-buahan, sayuran, bijirin, telur, susu dan roti.
Protein
Protein dapat membuatkan setiap helaian rambut menjadi kuat. Oleh itu, makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging, susu, keju atau telur amat disarankan. Ambil protein yang cukup juga akan mencegah hujung rambut daripada bercabang.
Mineral
Zat besi akan membantu membawa oksigen ke rambut. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan rambut dan folikelnya kekurangan oksigen. Ini bermakna, akar rambut tidak dapat menyalurkan nutrisinya ke helaian rambut secara efktif. Tingkatkan pengambilan zat besi dengan mengambil daging merah dan sayuran berwarna hijau tua. Zink pula mampu merangsang protein rambut yang berfungsi mencegah terjadinya kerosakan rambut. Daging dan makanan laut merupakan sumber zink yang paling baik.
Tip Mencegah Kerosakan Rambut
1 Sekiranya kamu mempunyai rambut yang rosak dan tidak terurus, apa kata kamu meggunakan perapi dan syampu secara berasingan. Ini kerana kandungan syampu yang mengandungi perapi tidak cukup untuk memberi kelembapan yang diperlukan.
2 Pemakaian perapi yang betul adalah hanya dengan satu garis perapi diletakkan di telapak tangan dan kemudian disapukan pada helaian rambut sehingga merata.
3 Pilih perapi yang mengandungi protein (marine @ hydrolyzed wheat) keratin dan 'silk'. Kandungan ini boleh membantu mengembalikan khasiat rambut yang hilang akibat dadanan.
4 Jangan mengeringkan rambut dengan menggosok-gosokkan rambut pada tuala. Gosokan ini akan menjadikan kutikel rambut kasar dan mengakibatkan rambut sukar disikat.
5 Lakukan rawatan 'deep conditioning' seminggu sekali. Gunakan masker rambut yang mengandungi protein atau 'panthenol' yang boleh berfungsi untuk menyubur dan menguatkan rambut. Jika anda berambut nipis, anda boleh menyapu masker rambut sebelum rambut disyampu bagi mengatasi masalah rambut lepek.
6 Gunakan produk dengan perlindungan 'themal' atau silikon. Cara ini akan menghasilkan lapisan di antara kepanasan alat pengering dan mencegah kerosakan rambut.
7 Rambut kurang menyerap klorin atau air masin jika membasahkan rambut dengan air biasa sebelum berenang.
8 Kurangkan pemakaian 'mousse' atau gel rambut beralkohol agar rambut terhindar dari masalah kekeringan.
Petua Rambut Berkilau
Rambut adalah mahkota, khususnya kepada wanita. Ramai yang inginkan rambut sihat dan berkilat. Berikut beberapa petua yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan rambut berkilat.
* Ambil dua cawan pati santan, dua batang daun lidah buaya, lima helai daun pandan dan sebiji kuning telur. Kisar daun pandan bersama daun lidah buaya dan ambil airnya. Campurkan kuning telur dan kacau sebati. Sapukan di kepala sambil mengurut kepala selama lima minit. Apabila selesai, balut kepal dengan tuala bersih selama 10 minit. Kemudian, cuci dengan air bersih. Jika rambut berkelemumur tambahkan sedikit perahan air limau purut.
* Ambil segenggam kelapa yang baru diparut. Ketika mandi, kelapa tadi digosok rata-rata pada bahagian rambut. Amalkan selalu dan hasilnya rambut akan lebih sihat dan berkilat.
* Bersihkan biji betik dan jemur hingga kering. Gorengkan tanpa minyak sampai hangut. Kemudian, tumbuk atau giling hingga lumat. Pindahkan ke dalam piring dan bancuhkan dengan air. Sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dan keringkan. Kemudian, sapukan bahan tadi pada rambut tanpa syampu. Hasilnya rambut akan berkilat dan lebih hitam.
Sumber dari majalah rapi
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..