31 August 2011

Puasa Sunat Syawal

Menumbuhkan kekuatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwat


Setelah berpuasa selama sebulan pada Ramadhan dan merayakan Aidilfitri, umat islam sangat digalakkan berpuasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi kesihatan yang telah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya. Puasa enam hari pada Syawal juga dapat melatih kembali hati dan diri daripada godaan nafsu.

Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari ada bulan Syawal, berturut-turut atau terpisah asalkan tidak sampai melewati bulan berkenaan. Pada hari raya pertama dilarang berpuasa.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup."
(Riwayat Muslim)

Sementara dalam satu hadis yang lain Nabi SAW yang bermaksud:

"Berpuasa sebulan (pada Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun."
(Riwayat ad-Darimi)

Puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang ada ketika puasa Ramadhan kita. Misalnya, kebanyakan daripada kita hanya berpuasa secara menahan lapar dan dahaga saja. Sedangkan, perkara lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya. Maka puasa sunat Syawal adalah untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam puasa fardu.

Umat Islam hendaklah banyak melakukan amalan sunat seperti banyak bersembahyang sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan berpuasa sunat untuk menguatkan iman kita. Selain itu, kita dapat mengemaskan amalan wajib, kita juga dianjurkan memperbanyak amalan sunat. Ini disebabkan amalan sunat menyempurnakan amalan wajib kita. Meninggikan pangkat dan darjat kita di syurga serta dapat meningkatkan ketakwaan kepada-Nya. dalam melaksanakan amalan sunat ini, perlu kita ingat, jangan sampai melalaikan perkar yang wajib.

Sebagai contoh kita hendak mengejar tahajud malam sehingga terlewat dan tertinggal sembahyang Subuh atau tidak berpuasa Ramadhan tetapi menunaikan puasa sunat Syawal. Selain itu, banyak melakukan sedekah dan ibadah sunat tetapi tidak bersilaturahim sesama manusia kerana bersilaturahm itu hukumnya wajib dan perlu dilaksanakan dulu.

Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, menjelaskan mengenai tatacara berpuasa iaitu jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan kata-kata yang tidak bemanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang yang berbicara.

Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghendaki puasanya, hanya lapar dan dahaga saja."
(Riwayat Al Bukhari)

Ibadah puasa mengandungi beberapa manfaat yang besar, antaranya adalah menguatkan kemahuan dan menumbuhkan kekuatan dan kedapatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwatnya.

Puasa juga perisai kepada kekuatan rohani. Pelbagai penyakit rohani dapat dihalang dengan berpuasa. Antaranya ialah hasad dengki, sombong, riak, memfitnah, mengumpat, melakukan perbuatan zalim, berdusta, marah, mencaci-maki, mungkir janji, bercakap bohong dan menipu.

Dengan berpuasa termasuk puasa sunat dapat merawat pelbagai penyakit rohani seperti mengingati Allah SWT, mengerjakan solat, bertaubat, takut kepada Allah SWT, mujahadah, musahabah diri, sabar qana'ah, warak, zuhud, tawaduk, istiqamah, takwa dan menjauhkan makanan dan minuman haram.

Wallahua'lam.



Sumber dari http://pingitanhiasanduniawi.blogspot.com

30 August 2011

Sejarah Hari Raya Aidilfitri


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.



Sumber dari www.sepaku.net
 
 

29 August 2011

Ramadhan hari ke-29



1 Doa Harian Ramadhan 29:
اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ
"Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNYA yang Mu'min..."

2 Hikmah Ramadhan 29:
"Puasa akan membangun kekuasaan jiwa, menguatkan serta meneguhkannya untuk melaksanakan risalahnya dan memfungsikan perannya dalam menjaga kedaimaian dan ketenangan dalam diri seseorang. Peranan penting dari kekuasaan jiwa itu adalah pengarahan melalui kecaman dan teguran yang keras setiap kali gangguan jiwa berupaya untuk mengajak kepada kejahatan, memperdayainya atau menjebaknya agar tunduk kepadanya. "

3 Kesilapan Berpuasa 29:
Meninggalkan solat terawih.

Padahal telah dijanjikan bagi orang yang menjalankannya -karena iman dan mengharap pahala dari Allah- ampunan akan dosa-dosanya yang telah lalu. Orang yang meninggalkan solat terawih bererti meremehkan adanya pahala yang agung dan balasan yang besar ini.

Ironinya, banyak umat Islam yang meninggal-kan solat terawih. Barangkali ada yang ikut solat sebentar lalu tidak melanjutkannya hingga selesai. Atau rajin melakukannya pada awal-awal bulan Ramadhan dan malas ketika sudah akhir bulan. Alasan mereka, solat ini hanyalah sunnah belaka.

4 Hadis & Al-Quran 29:
"Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan." - Riwayat Al Baihaqi

5 Diet Ramadhan 29:
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu."

6 Mutiara Kata 29:
"Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit" - Ibnu Abbas



Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com


28 August 2011

Ramadhan hari ke-28


1 Doa Harian Ramadhan 28: 
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

"Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta..."

2 Hikmah Ramadhan 28:
Membentuk Akhlak Mulia

Puasa merupakan tempat pengglembengan diri orang yang berpuasa untuk membnetuk akhlak mulia, akhlak ketaqwaan, kebajikan, kebaikan, kepedulian, tolong-menolong, kasih sayang, kecintaaan, kesabaran, dan akhlak mulia lainnya yang dibangun oleh puasa pada diri orang yang menjalankannya.

3 Kesilapan Berpuasa 28:
"Menyegerakan sahur sebelum waktu yang dianjurkan. Padahal Rasulullah SAW menganjurkan sahur pada akhir malam sebelum terbit fajar. Hikmahnya disini ialah kita dapat menunaikan solat fardhu Subuh tepat pada waktunya dan digalakkan berjemaah, tambahan bersahur lewat juga dapat membuatkan badan kita dapat menahan lapar pada tahap yang minima.

4 Hadis & Al-Quran 28:
"Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Allah berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiKu dan aku membalasi puasanya itu." - (Sahih Bukhari)

5 Diet Ramadhan 28:
"Kulit kayu manis (darchini) juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia."

6 Mutiara Kata 28:
"Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau." - Imam Syafi'e

 

Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com

27 August 2011

Ramadhan hari ke-27



1 Doa Harian Ramadhan 27: 

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang soleh..."

2 Hikmah Ramadhan 27:
"Adanya malam Lailatul Qadar "Malam Lailatul Qadar (malam penentuan) lebih utama daripada 1000 bulan." (Al Qadr: 3)"

3 Kesilapan Berpuasa 27:
Beranggapan keliru.

Sebagian orang beranggapan bulan Ramadhan adalah kesempatan untuk tidur dan bermalas-malasan di siang hari, serta untuk begadang di malam hari. Lebih disayangkan lagi, mayoritas mereka begadang dalam hal-hal yang dimurkai Allah, berhura-hura, bermain yang sia-sia (seperti main kartu dsb.), menggunjing, adu domba dan sebagainya. Hal-hal semacam ini sangat berbahaya dan merugikan mereka sendiri.

Sesungguhnya hari-hari bulan Ramadhan merupakan saksi ta'atnya orang-orang yang ta'at dan saksi maksiatnya orang-orang yang ahli maksiat dan lupa diri."

4 Hadis & Al-Quran 27:
"Siapa yang iktikaf pada malam Lailatulqadar itu kerana terdorong oleh iman dan ikhlas maka diampunkan dosanya yang telah lalu." - (Riwayat Adailamani)

5 Diet Ramadhan 27:
"Chamomile (babunaj). Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan."

6 Mutiara Kata 27:
"Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah" - Imam Syafi'e



Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com



 

26 August 2011

Ramadhan hari ke-26



1 Doa Harian Ramadhan 26: 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

"Ya Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar..."

2 Hikmah Ramadhan 26:
Puasa Memperkuat Keinginan.

Puasa dapat memperkuat keinginan, mendorong kemauan, mengajarkan kesabaran, membantu menjernihkan fikiran, menghidupkan pemikiran, mengilhami pendapat yang cerdas, jika seorang berpuasa akan dapat melangkah ke fasa relaks, serta melupakan berbagai rintangan yang muncul akibat waktu luang dan terkadang keterputusasaan."

3 Kesilapan Berpuasa 26:
Menyambut bulan suci Ramadhan dengan hura-hura dan bermain-main.

Padahal yang seharusnya adalah menyambut bulan yang mulia tersebut dengan zikir dan bersyukur kepada Allah, karena masih diberi kesempatan bertemu kembali dengan Ramadhan. Lalu hendaknya ia bertaubat dengan sungguh-sungguh, kembali kepada Allah serta melakukan muhasabatun nafs (perhitungan dosa-dosa peribadi), baik yang kecil maupun yang besar, sebelum datang hari Perhitungan dan Pembalasan atas setiap amal yang baik maupun yang buruk."

4 Hadis & Al-Quran 26:
"Siapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)

5 Diet Ramadhan 26:
"Epal (tuffah). Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati dan baik untuk kulit."

6 Mutiara Kata 26:
"Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas" - Saidina Ali bin Abi Thalib

 

Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com



25 August 2011

Ramadhan hari ke-25

1 Doa Harian Ramadhan 25: 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

"Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi..."

2 Hikmah Ramadhan 25:
"Kaedah Yang Mantap untuk Melakukan Perubahan"

Di antara manfa'at puasa yang agung adalah sebagai sarama menyiapkan seorang muslim dengan kekuatan yang menjadikannya mampu untuk melakukan latihan melalui puasa sehari-hari sehingga dia dapat menahan diri dari setiap yang dia suka dan cintai. Dan dia akan katakan kepada penguasa nafsu dan syahwat, "Tidak."

3 Kesilapan Berpuasa 25:
"Berbuka dengan sesuatu yang haram seperti minuman yang memabukkan, rokok dan sejenisnya. Atau berbuka dengan sesuatu yang didapatkan dari yang haram. Orang yang makan atau minum dari sesuatu yang haram tak akan diterima amal perbuatannya dan tak mungkin pula do'anya dimakbulkan."

4 Hadis & Al-Quran 25:
"Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya. ( Sahih.R.Nasaai )

5 Diet Ramadhan 25:
Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

6 Mutiara Kata 25:
"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya - Imam Al-Ghazali



Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com



24 August 2011

Ramadhan hari ke-24



1 Doa Harian Ramadhan 24: 
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

"Ya Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan-MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta..."

2 Hikmah Ramadhan 24:
Puasa merupakan satu penampakan praktis dari berbagai penampakan kesatuan kaum Muslimin, kesetaraan antara si kaya dan si miskin, penguasa dan rakyat, orang tua dan anak kecil, laki-laki dan perempuan.

Semuanya itu berpuasa untuk Rabb mereka, seraya memohon ampuanan-Nya dengan menahan diri dari makan pada satu waktu dan berbuka dalam satu waktu juga. Mereka sama-sama mengalami lapar dan berada dalam pelarangan yang sama pada siang hari, sebagaimana mereka mempunyai kedudukan yang sama dalam mengibarkan syi'ar-syi'ar lain yang berkenaan dengan puasa.

3 Kesilapan Berpuasa 24:
"Menyambut bulan suci Ramadhan dengan hura-hura dan bermain-main."

Padahal yang seharusnya adalah menyambut bulan yang mulia tersebut dengan dzikir dan bersyukur kepada Allah, karena masih diberi kesempatan bertemu kembali dengan Ramadhan. Lalu hendaknya ia bertaubat dengan sungguh-sungguh, kembali kepada Allah serta melakukan muhasabatun nafs (perhitungan dosa-dosa pribadi), baik yang kecil maupun yang besar, sebelum datang hari Perhitungan dan Pembalasan atas setiap amal yang baik maupun yang buruk.

4 Hadis & Al-Quran 24:
"Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat" - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5 Diet Ramadhan 24:
"Roti (khubz) yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu"

6 Mutiara Kata 24:
Saidina Ali r.a berkata :
  • Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
  • Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
  • Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
  • Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dari dosa).
  • Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.



Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com


23 August 2011

Gastrik boleh berpuasa

Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Kwan Keat Leong pernah berkata, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antaranya sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), perut rasa senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, loya dan muntah, hilang selera makan dan pada peringkat teruk, ia boleh menyebabkan berat badan menurun.

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik ini.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.

Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah.

Anggapan ini kurang tepat. Apabila kita berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman berehat, yang bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi.

Sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak ‘terkejut’.

Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib dan baru diambil makanan lebih berat.

Malangnya apabila tiba waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Makanan yang kompleks (contohnya mengandungi banyak rempah, lemak dan pedas) boleh menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka.

Kumpulan kedua, pesakit kencing manis. Latihan untuk pesakit kencing manis lebih kompleks kerana ia berbeza mengikut keadaan setiap orang. Cabaran utama yang dihadapi pesakit kencing manis setiap kali Ramadan ialah hipoglisemia (paras gula darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula darah terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) sehingga boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Namun ini bukan bermakna pesakit kencing manis tidak boleh berpuasa. Kajian menunjukkan pesakit kencing manis masih boleh berpuasa jika penyakit mereka dalam keadaan terkawal iaitu paras gula dalam lingkungan 5.8 mmol/liter.

Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama yang turut ada masalah berat badan berlebihan. Bagaimanapun, beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum seseorang pesakit dibenarkan berpuasa supaya ibadat itu tidak memudarat dan mengancam nyawa.

Bagi pesakit kencing manis yang masih belum membuat sebarang latihan, gunakan baki Syaaban ini dengan sebaik-baiknya. Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan panduan khususnya mengenai jadual pengambilan ubat atau suntikan insulin.

Doktor mungkin perlu mengubah suai dos ubat atau insulin serta jadual pengambilannya. Ini kerana pesakit yang mengambil ubat makan harus berbuka puasa dengan makan ubat dan minum air terlebih dulu. Selepas 15 minit, baru diikuti dengan nasi atau makanan berat lain.

Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak berpuasa) ditukar ke waktu berbuka manakala ubat yang diambil sebelum makan malam pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengubahsuaian dos ubat ini perlu bagi mengelak masalah hipoglisemia dan ia hanya boleh dilakukan dengan nasihat doktor.

Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada permulaan puasa. Insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum azan Maghrib. Namun insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh disuntik sejurus sebelum berbuka. Dalam keadaan ini, suntikan insulin dibolehkan dan ia tidak akan membatalkan puasa.

Berbeza dengan gastrik, pesakit kencing manis tidak digalakkan berbuka dengan kurma kerana kandungan glukosnya (gula ringkas) sangat tinggi. Jika mahu makan, pilih kurma kering (kerana kurma basah bersalut gula), bersaiz kecil dan hadkan kepada dua biji saja. Pesakit perlu makan secara bersederhana, tidak terlalu kenyang dan minum banyak air masak.

Pilih makanan berkarbohidrat yang lambat mengeluarkan tenaga seperti nasi (beras perang), pasta, oat, gandum, barli, kekacang serta sayur-sayuran. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga) dan jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

Buah-buahan tempatan yang ranum dan manis seperti tembikai (merah atau kuning), nanas, cempedak, rambutan, nangka dan manggis perlu dikurangkan kerana kandungan gulanya tinggi. Gantikan dengan buah yang kurang manis seperti epal, plum, oren dan anggur.

Selagi mengamalkan corak pemakanan 3-S iaitu sederhana, seimbang dan sihat, semua orang boleh menjalankan ibadat puasa dengan baik.



Antara panduan umum yang berguna:


  • Melambatkan sahur.




  • Menyegerakan berbuka. Mulakan dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Elak mengambil air manis atau kuih-kuih manis.




  • Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam.




  • Kurangkan makan makanan manis ketika berbuka atau sahur.




  • Banyakkan minum air kosong.




  • Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam.




  • Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan.




  • Ambil lauk atau juadah rendah lemak, kurang pedas atau berempah.




  • Elak minum minuman berkafein ketika berbuka. Bagaimanapun, kopi atau teh boleh diambil selepas solat Tarawih, bukan ketika berbuka.




  • Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.
     



  • Sumber dari akhbar berita harian

    Ramadhan hari ke-23


    1 Doa Harian Ramadhan 23: 
    اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

    "Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa..."

    2 Hikmah Ramadhan 23:
    "Puasa dapat memperkuat keinginan, mendorong kemauan, mengajarkan kesabaran, membantu menjernihkan pikiran, menghidupkan pemikiran, mengilhami pendapat yang cerdas, jika seorang berpuasa akan dapat melangkah ke fasa relaks, serta melupakan berbagai rintangan yang muncul akibat waktu luang dan terkadang keterputusasaan..."

    3 Kesilapan Berpuasa 23:
    "Bersedih dengan datangnya bulan Ramadhan."

    Sebagian orang ada yang merasa sedih dengan datangnya bulan Ramadhan dan bersuka cita jika bulan Ramadhan berlalu. Sebab mereka beranggapan bulan Ramadhan akan menghalangi mereka melakukan kebiasaan maksiat dan menuruti syahwat. Mereka berpuasa sekedar ikut-ikutan dan toleransi. Karena itu mereka lebih mengutamakan bulan-bulan lain daripada bulan Ramadhan.

    Padahal ia adalah bulan penuh barakah, ampunan, rahmat dan pembebasan dari Neraka bagi setiap muslim yang melakukan kewajiban-kewajibannya dan meninggalkan setiap yang diharamkan atasnya, mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala yang dilarang...

    4 Hadis & Al-Quran 23:
    "Sesungguhnya Allah, para malaikat, penduduk langit dan bumi, sampai semut dan ikan mendo'akan kebaikan kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. (Hadis Riwayat Tirmizi)

    5 Diet Ramadhan 23:
    "Minyak sapi (samn) mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan..."

    6 Mutiara Kata 23:
    "Barangsiapa yang rezekinya lambat, maka perbanyaklah istighfar. Barangsiapa yang dibuat kagum oleh sesuatu dan menginginkannya demikian terus, maka perbanyaklah ucapan maa syaa-allah laa quwwata illa billah - (Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq)



    Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com

    22 August 2011

    Zakat Fitrah

    Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

    Kadar Fitrah

    Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

    Syarat Zakat Fitrah

    1. Islam
    2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
    3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

    Kewajipan zakat fitrah

    1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
    2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

    Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

    Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
    Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
    Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
    Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
    Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
    Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

    Niat Zakat Fitrah


    Wang sebanyak RM _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.




    Sumber dari wikipedia dan google


    Ramadhan hari ke-22



    1 Doa Harian Ramadhan 22: 
    اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

    "Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu karunia-MU, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan..."

    2 Hikmah Ramadhan 22:
    "Berpuasa baik untuk kesihatan. Ia boleh membersihkan perut dari segala bahan toksin yang tidak elok untuk badan. Kajian juga mendapati bahawa kecenderungan seseorang untuk berpuasa boleh mengurangkan tahap ketagihannya terhadap rokok..."

    3 Kesilapan Berpuasa 22:
    "Sebahagian orang melakukan perjalanan ke luar negeri pada bulan Ramadhan untuk tujuan yang baik, tetapi agar boleh berbuka puasa dengan alasan musafir. Perjalanan semacam ini tidak dibenarkan dan ia tidak boleh berbuka kerananya. Sungguh tidak tersembunyi bagi Allah tipu daya orang-orang yang suka menipu..."

    4 Hadis & Al-Quran 22:
    "Nabi s.a.w. bersabda; "Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat, maka berikanlah sepatah kata yang baik." - Sahih Bukhari & Muslim

    5 Diet Ramadhan 22:
    "Bawang putih (thum) juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga..."

    6 Mutiara Kata 22:
    "Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

     

    Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com


    21 August 2011

    Ramadhan hari ke-21


    1 Doa Harian Ramadhan 21: 
    اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

    "Ya Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada setan untuk menguasaiku. Jadikanlah sorga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh keperluan orang-orang yang meminta..."

    2 Hikmah Ramadhan 21:
    "Antara Ramadan ke Ramadan, antara terawih ke terawih, dan antara solat ke solat 5 waktu yang seterusnya, adalah pengahapus dosa di antaranya, selagi tidak dilakukan dosa-dosa besar..."

    3 Kesilapan Berpuasa 21:
    Sebahagian orang, bila datang bulan Ramadhan mereka bertaubat, shalat dan puasa. Tetapi jika bulan Ramadhan telah berlalu mereka kembali lagi meninggalkan solat dan melakukan berbagai perbuatan maksiat. Alangkah celaka golongan orang seperti ini, sebab mereka tidak mengetahui Allah kecuali di bulan Ramadhan.

    Tidakkah mereka mengetahui bahwa Tuhan bulan-bulan pada sepanjang tahun adalah Satu jua? Bahawa maksiat itu haram hukumnya di setiap waktu? Bahawa Allah mengetahui perbuatan mereka di setiap saat dan tempat? Fikirkanlah...

    4 Hadis & Al-Quran 21:
    "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah" - Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar

    5 Diet Ramadhan 21:
    "Khasiat telur (baydah) yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit..."

    6 Mutiara Kata 21:
    "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq


    Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com



    20 August 2011

    Ramadhan hari ke-20


    1 Doa Harian Ramadhan 20: 
    اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

    “Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu’min…”

    2 Hikmah Ramadhan 20:
    “Puasa dapat melatih kita supaya lebih bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Pada waktu inilah nikmat makan itu ditarik buat sementara dan hikmahnya kita akan lebih menghargai rezeki yang dikurniakan-Nya…”

    3 Kesilapan Berpuasa 20:
    “Ada yang berpuasa namun tidak menjaga matanya dari memandang unsur-unsur yang tidak patut untuk dilihat. Sepatutnya dalam bulan baik lagi mulia ini, jagalah mata kita sebagaimana kita menjaga puasa kita sendiri. Ingatlah bahawa ia akan membawa kita kepada kemaksiatan…”

    4 Hadis & Al-Quran 20:
    Anas r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda; “Lima macam yang membatalkan puasa dan membatalkan wuduk: dusta, mengumpat dan bermuka-muka dan melihat yang bukan muhrim dengan syahwat dan sumpah palsu.” - Riwayat Al-Azdi & Addailami

    5 Diet Ramadhan 20:
    “Jintan putih (kammun) khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas…”

    6 Mutiara Kata 20:
    “Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.” - Imam Syafi’e


    Sumber dari www.mohdzulhelmi.cm (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com

    19 August 2011

    Lailatul Qadar



    Maksud Al-Qadar ialah kemuliaan atau tempat yang tinggi. Ia merupakan tempat untuk menentukan segala urusan dalam setiap tahun.


    Sejarah Lailatul Qadar

    Rasul Saw apabila memikirkan umur umatnya yang pendek tidak seperti umat-umat terdahulu, baginda menjadi berdukacita. Jika umat ini ingin bertanding dengan umat-umat terdahulu dari segi melakukan amalan-amalan soleh, sudah tentu tidak dapat menandingi amalan-amalan kesolehan mereka. Ini disebabkan umur umat Muhammad begitu pendek, mustahil untuk mengatasi mereka. Oleh itu, Allah dengan Rahmat-Nya telah mengurnikan malam Lailatul Qadar kepada umat Muhammad. Ayat Yang Berkaitan Dengannya,

    a) Firman Allah SWT:
    Ertinya: ” Sesungguhnya Kami menurunkan (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dibandingkan dengan seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al Qadar: 1-5)

    b) Sabda Nabi SAW:
    “Barangsiapa melakukan ibadah pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”


    Bagaimana Mencarinya?

    Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasul SAW`bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di dalam 10 hari terakhir daripada bulan Ramadhan.”


    Maksudnya seseorang itu carilah malam Lailatul Qadar pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29. Oleh kerana kita tidak tahu mana satukah malam yang tepat, sebaik-baiknya berjaga malam untuk beribadah dengan harapan supaya bertemu pada salah satu malam.


    Ini berdasarkan Hadis sumber dari Abu Dzar r.a: “Kami (para Sahabat) berpuasa Ramadhan bersama Rasul SAW, sampai malam ke 22, baginda tidak melakukan sembahyang malam bersamaku. Baru malam ke 23 baginda melakukan sembahyang malam bersamaku hingga 1/3 malam. Pada malam yang ke 24, baginda tidak melakukannya. Pada malam yang kje 25 baginda melakukannya bersamaku sampai ½ malam.


    Baginda bersabda: “Sesungguhnya seorang yang melakukan sembahyang malam bersama imam hingga selesai, maka akan dicatat untuknya malam-malam yang lain.” Kemudian pada malam ke 26, baginda tidak melakukannya. Dan pada malam yang ke 27 itulah baginda melakukannya, bahkan sampai menyuruh keluarga dan ramai orang berkumpul (solat jemaah) selama hampir semalam suntuk, sampai-sampai kami semua bimbang terlambat makan sahur.”


    Tanda-tanda Berlaku Lailatul Qadar

    Ubadah bin Samit r.a pernah bertanyakan Rasul SAW mengenai Lailatul Qadar. Antara jawapan baginda:
    ” Di antara tanda-tanda pada malam itu ialah ianya mempunyai suasana ketenangan dan sedikit kecerahan, tidak kepanasan, tidak kesejukan. Bulan berkeadaan terang tanpa memancar hingga ke subuh. Tiada panah-panah api yang dilontarkan kea rah syaitan. Tanda yang lain pula ialah matahari di pagi itu naik tanpa cahaya yang bersinar kuat, muncul seolah-olah seperti bulan purnama (penuh). Pada hari itu Allah mengharamkan syaitan untuk naik bersama-sama dengan matahari.”


    Bertemu Lailatul Qadar

    Jika terjumpa malam Lailatul Qadar, bacalah doa berikut seperti sabda Rasul SAW yang maksudnya:
    “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku.”


    Keutamaan Lailatul Qadar

    a) Kata Al Imam Ar-Razy:
    Ketika fajar telah menyinsing pada Qadar, maka malaikat Jibril a.s berseru: “Hai para malaikat, berangkatlah, berangkatlah! ” Mereka sama berkata: “Hai malaikat Jibril, apakah yang telah diperlakukan oleh Allah terhadap orang-orang Islam dari umat Muhammad pada malam ini? Kata Jibril: “Sesungguhnya Allah memerhatian mereka dengan kasih sayang dan telah memaafkan mereka serta mengampuni mereka, kecuali 4 orang iaitu peminum arak, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang memutuskan tali persaudaraan dan orang yang gemar bermusuhan, yakni orang yang selalu suka bertengkar yang tidak mahu berbicara dengan saudaranya lebih dari 3 hari.”

    b) Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah:
    “Tuhanku, aku ingin dekat dengan Engkau.” Firman Allah: “Aku dekat dengan orang yang bangun di malam Qadar.” Kata Nabi Musa a.s: “Tuhanku, aku ingin rahmat-Mu.” Firman Allah: “Rahmat-Ku bagi orang yang berksih sayang kepada si miskin pada malam Qadar.” Kata Nabi Musa lagi:” Tuhanku, aku ingin supaya dapat melintai Silatulmustaqim dengan cepat laksana halilintar.” Firman Allah menjawab: ” Yang demikian itu bagi orang yang bersekah pada malam Lailatul Qadar.” Nabi Musa bermunajat lagi: ” Aku mahu duduk teduh di bawah pohon-pohon Syurga serta makan buah-buahannya. .” Firman Allah: “Yang demikian itu bagi orang yang bertasbih dengan sungguh-sungguh pada malam Qadar.” “Wahai Tuhanku, aku ingin selamat dari Neraka.” Firman Allah : ” Yang demikian itu bagi orang-orang yang beristighfar atau memohon ampunan kepada Allah pada malam Qadar sampai Subuh.” Kata nabi Musa lagi: “Aku ingin keredhaan-Mu. ” Allah berfirman: “Keredhaan-Ku bagi orang yang mengerjakan solat 2 rakaat pada malam Qadar.”

    c) Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
    “Sesungguhnya setiap saat di malam hari dan siang hari pada bulan Ramadhan sampai malam Lailatul Qadar, Allah membebaskan para hamba-Nya sebanyak 600,000 dari Neraka, mereka itu dari orang-orang yang seharusnya mendapat seksa. Di malam Lailatul Qadar, Dia (Allah) membebaskan hamba-Nya sebanyak jumlah hamba yang dibebaskan dari awal Ramadhan, dan pada Hari Raya, Dia (Allah) membebaskan sebanyak jumlah hamba yang dibebaskan sebulan (Ramadhan) di tambah dimalam Lailatul Qadar.” (Tanbigul Ghofilin)



    Sumber dari Halaqah dan http://blog.scoreanetwork.com (Redz@Gjan)


    Ramadhan hari ke-19



    1 Doa Harian Ramadhan 19: 
    اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

    “Ya Allah! Penuhilah bagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari keterimaan kebaikan- kebaikannya, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang…”

    2 Hikmah Ramadhan 19:
    “Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu…”

    3 Kesilapan Berpuasa 19:
    “Mandi dengan terlalu lama dan mandi pada ketika hendak berbuka…Amalan seperti ini bukannya salah tetapi menyebabkan kita kehilangan hikmat dan penghayatan puasa itu sendiri…Mandi terlalu lama hukumnya makruh…”

    4 Hadis & Al-Quran 19:
    “Demi Allah yang diriku dalam kuasa-Nya, kamu tidak akan masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sebelum kamu cinta-mencintai dan sayang-menyayangi satu sama lain” - Hadis Riwayat Muslim

    5 Diet Ramadhan 19:
    “Timun (qitta’)Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan…”

    6 Mutiara Kata 19:
    “Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah” - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

     

    Sumber dari www.mohdzulhelmi.com (Kapt Ir Dr) dan www.solihinzubir.com

    18 August 2011

    Menyusu dalam bulan Ramadhan

    Berpuasa semasa menyusukan bayi

    Jika anda menyusukan bayi, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan – seperti wanita yang tidak sihat atau sedang dalam perjalanan – dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.


    Keputusan anda bergantung kepada beberapa perkara, tetapi usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada beza jika dibandingkan bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan mendapat makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama.

     

    Berpuasa semasa menyusukan tidak akan membahayakan bayi

    Tidak mungkin berpuasa akan membawa kesan kepada bayi anda. Anda sudah tentu akan terasa jika berpuasa memudaratkan – dan mungkin anda perlu berhenti – sebelum penghasilan susu terjejas.


    Satu kajian menunjukkan bahawa berpuasa selama 20 jam tidak membawa kesan yang besar kepada penghasilan susu wanita, namun begitu, wanita dalam kajian ini telah dibenarkan minum air. Nampaknya, badan akan menyesuaikan kekurangan makanan atau cecair dengan mengeluarkan tenaga yang lebih banyak.

     

    Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?

    Jika anda sedang menyusukan, anda tahu ia akan membuatkan anda berasa dahaga. Penyahhidratan akan membuatkan anda berasa tidak sihat. Apabila anda ternyahhidrat, anda akan tahu kerana:
    • Anda akan berasa sangat dahaga.
    • Urin anda akan menjadi pekat atau berwarna kuning gelap dan berbau kuat.
    • Anda akan pening, pengsan, lemah atau letih.
    • Anda akan mendapat sakit kepala atau demam panas atau terasa amat lesu.
    Jika anda sedar akan tanda-tanda ini, anda perlu berbuka dengan minuman bernutrien seperti jus buah-buahan segar atau kacang soya dan kemudian berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih lagi berasa tidak sihat, anda perlu hubungi doktor anda.


    Adalah penting apabila anda berbuka, untuk minum banyak jus bernutrien sama ada jus buah-buahan, yogurt atau air barli – tujuannya ialah untuk mendapatkan semua nutrien dan cecair dalam satu minuman.


    Sebelum berpuasa semula, minum sekurang-kurangnya lapan sehingga 12 gelas jus buah-buahan, susu atau lain minuman bernutrien setiap hari. Tetapi jangan hanya minum sahaja, kerana amat penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan pepejal daripada makanan. Anda perlu mengambil kira-kira 400 hingga 500 kalori tambahan setiap hari semasa anda sedang menyusukan. Anda akan merasakan sukar untuk makan secukupnya dalam jangka semalaman dan ada kemungkinan penambahan berat badan akan turun. Jika ini berlaku, hubungi doktor anda.


    Untuk sahur, Jennifer Hor, seorang kaunselor penyusuan dan ahli panel BabyCenter mengesyorkan supaya minum cecair dan makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (low glycemic index, atau GI). GI adalah pengukuran efek kabohidrat atas tahap gula dalam darah. Kabohidrat yang dicernakan cepat mempunyai GI tinggi; kabohidrat yang dicernakan lebih perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah, mempunyai GI rendah. Makanan GI rendah ialah sebilangan sayur-sayuran dan kacang, dal, mi dan nasi.


    Baca dengan lebih lanjut mengenai diet yang sesuai bagi ibu sihat yang sedang menyusukan untuk mendapatkan lebih banyak idea mengenai pemakanan.

     

    Dapatkah saya menghasilkan susu secukupnya?

    Wanita yang sedang menyusukan masih terus menghasilkan susu semasa berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah, tetapi akibatnya bayi anda akan berasa lapar dengan lebih cepat dan mahu menyusu lebih kerap. Anda boleh minimakan ini dengan memastikan diet anda mengandungi lemak yang cukup – tambahkan keju dalam diet, gunakan mentega dan minumlah milkshake.

     

    Adakah bayi saya akan terjejas dengan perubahan dalam susu badan saya?

    Susu anda akan berubah sedikit setiap masa, bergantung kepada beberapa perkara seperti pemakanan anda dan keperluan bayi anda. Kandungan lemak dalam susu anda akan berkurangan semasa anda berpuasa. Bayi yang masih kecil akan mahu menyusu dengan lebih kerap jika susu badan anda mengandungi kandungan lemak yang rendah kerana dia akan berasa tidak puas selepas menyusu. Bayi yang lebih besar mungkin tidak akan sedar perubahan ini jika dia juga makan makanan pepejal.


    Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu yang cukup termasuklah:
    • Tidak kerap buang air kecil (bayi yang baru lahir perlu buang air kecil sekurang-kurangnya lapan hingga 10 kali sehari).
    • Kotoran (tahi) yang kehijauan. (Baca lebih lanjut mengenai najis bayi anda.)
    • Tangisan nyaring yang berpanjangan atau meragam.
    • Penurunan berat badan atau berat tidak bertambah.
    • Mahu menyusu lebih kerap atau resah dan meragam setelah menyusu.
    Hubungi ahli pediatrik atau doktor keluarga anda jika anda bimbang tentang bayi anda.

     

    Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?

    Penyediaan rapi sebelum berpuasa akan membantu anda mengelakkan masalah yang mungkin timbul.
    • Uruskan hal membeli-belah, pencucian dan lain-lain yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak sebelum mula berpuasa supaya anda mempunyai lebih masa untuk berehat kemudian.
    • Sentiasa bertenang dan berehat sebanyak mungkin pada waktu siang.
    • Simpan diari pemakanan supaya anda boleh pastikan bahawa anda makan dan minum secukupnya pada malam hari.

     

    Bilakah saya perlu menghubungi doktor?

    Jika anda mula berasa tidak sihat atau risau bayi anda tidak mendapat susu secukupnya, berbincanglah dengan ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin ternyahhidrat atau mungkin bayi anda berasa lapar. Jika sebarang masalah penyususan berlaku, berbincanglah dengan kaunselor penyusuan.



    Sumber dari www.babycenter.com.my