28 July 2011
Puasa penawar penyakit
Kita akan berpuasa lagi beberapa hari saja lagi. Bermulanya puasa pasti pelbagai alasan yang diberikan oleh orang yang sukar untuk berpuasa. Sebenarnya puasa ini bagus sebagai penawar penyakit. Berikut merupakan perkara yang menjadikan puasa itu sebagai penawar penyakit.
Ada beberapa tip untuk panduan anda ketika berpuasa:
1 Minum air yang mencukupi
2 Banyakkan minum air masak atau suam
3 Kurangkan minum minuman berkafein dan jauhi tabiat merokok
4 Jangan terlalu gelojoh ketika makan (berbuka puasa)
5 Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran hijau
6 Jadikan buah-buahan seperti kurma, buah tin, prun dan limau sebagai hidangan ketika berbuka atau bersahur
7 Makan secukupnya untuk memberi ruang bernafas dengan selesa
8 Pengambilan vitamin B2, vitamin C dan multivimineral boleh membantu membekalkan zat atau vitamin yang mencukupi.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:-
1 Makan terlalu banyak sama ada ketika waktu bersahur atau pun ketika berbuka
2 Terlalu banyak makan makanan manis seperti kuih muih dan sebagainya ketika berbuka
3 Memakan makanan yang pedas, berempah atau sukar untuk dihadamkan
4 Makan terlalu banyak daging haiwan terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit seperti batu karang, gout atau alahan
5 Mengulangi makan sepanjang malam selepas berbuka puasa
6 Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
7 Tidur selepas makan atau ketika perut kenyang
8 Minum terlalu banyak minuman manis, kopi atau teh
AWAS : Jika kita masih meneruskan amalan-amalan di atas, kita bukan sahaja kurang mendapat pahala puasa, tetapi juga kita akan berasa letih sepanjang berpuasa. Selain itu, kita juga mungkin akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat daripada tabiat buruk tersebut.
Ketahui gejala yang mungkin dialami ketika di awal puasa
1 Sakit kepala - ini berlaku kerana toksin yang berkumpul di dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.
2 Lenguh-lenguh badan.
3 Lidah berdaki (berwarna putih) dan mulut berbau.
4 Air kencing pekat (kekuningan) dan berbau.
5 Cirit-birit.
6 Letih lesu - keadaan ini berlaku kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam badan dan masih mengharapkan tenaga dari makanan yang dimakan dari luar. Maka, gula di dalam darah berada di tahap rendah dan badan terasa lemah longlai walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan.
Sumber disunting dari majalah mingguan wanita
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..