26 July 2011
Pisah tempat tidur ada kebaikannya
Kamar tidur merupakan ruang paling peribadi buat suami isteri. Di sinilah tempatnya untuk mereka lebih intim. Namun selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ada kalanya ruang ini tidak lagi dilihat sebegitu malah ada yang membiarkannya sepi dan kosong.
Sebabnya masing-masing memilih untuk tidur di depan televisyen atau pun tidur bersama anak-anak terutama bagi pasangan yang punya ramai anak. Keadaan ini menyebabkan rutin tidur bersama sudah diabaikan. Ramai yang menganggap perkara ini harus dielakkan namun di sebaliknya keputusan pisah tidur juga punya kebaikan.
1 Lebih selesa tidur
Malam dalah masa untuk berehat. Malah tidur yang mencukupi juga akan membuatkan seseorang terasa segar pada keesekan harinya. Walau pun berpisah tempat tidur akan terlihat sebagai "konflik" di kalangan suami isteri tetapi adakalanya pasangan memerlukan masa berehat yang cukup untuk diri sendiri. Berpisah tempat tidur juga adalah alasan terbaik bagi pasangan yang mungkin sebelum ini tidur berdengkur yang tentunya mendatangkan ketidakselesaan.
2 Masa tidur yang berbeza
Mungkin suami suka tidur di tengah malam manakala isteri pula tidur awal kerana penat menguruskan anak-anak. Jadi kalau anda sudah berpisah tempat tidur, tidak timbul soal pukul berapa anda mahu tidur, tidak timbul pasangan berkecil hati kalau anda tidur awal kerana anda sudah mempunyai perjanjian perpisahan tempat tidur ini.
3 Hubungan seks lebih bermakna
Nampak perkara ini seperti gurauan. Masakan sudah berpisah tempat tidur akan ada lagi hubungan seksual. Namun, tahukah anda, bila anda sudah berpisah tempat tidur, perasaan merindui pasangan akan mendalam. Terasa rindu untuk dibelai dan membelai. Oleh itu, sesekali bersama tentunya hubungan intim yang sesekali dilakukan itu lebih bermakna.
4 Tiada gangguan
Disebabkan tiada sesiapa yang mengacau tidur, maka anda akan mendapat tidur yang sangat berkualiti. Tidur yang mencukupi akan membuatkan pasangan berasa sangat segar untuk memulakan hari barunya.
Jangan sesekali beranggapan, bila berpisah tempat tidur pasangan sudah tidak menyayangi anda sebaliknya ia akan menambahkan kasih sayang dan cinta anda kepadanya. Sesekali bila tubuh sudah segar, buatlah sesuatu kejutan agar pasangan berasa dirinya masih dihargai.
Tanggungjawab Suami
Seorang suami diamanahkan agar melayani isterinya dengan baik seperti menghormati isteri, tidak menghinanya dalam apa jua keadaan dan memberikan apa jua kebaikan untuk menjamin kehidupannya berjalan dengan sempurna.
Biarpun sering berlaku konflik dalam rumah tangga namun suami yang berperanan sebagai ketua rumah tangga harus mengambil sikap yang positif, bersabar dan mampu mengendalikan masalah yang wujud dengan cara yang sangat berhemah.
Isteri tidak dinafikan mempunyai banyak kerenah yang kadang kala menguji kesabaran suami. namun seorang suami yang baik serta beriman sewajarnya dapat bersabar dengan perlakuan isteri yang sedemikian. Dengan kesabaran itulah, suami akan memperoleh faedah-faedah yang besar dari Allah.
Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang isteri lakukan adalah lambang sahsiah suami selain didikan duami yang sebenar-benarnya.
Sumber dari majalah mingguan wanita
Fakta ini ada kebenarannya.. Pisah tempat tidur ni bukanlah sesuatu yang buruk.. Malah terdapat kebaikan disebaliknya.. Ianya boleh dicuba untuk yang ingin melakukan sedikit perubahan atau yang mengalami sedikit perbalahan.. Mungkin ia boleh mendatangkan keputusan yang positif disebaliknya..
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..