16 May 2011
Dulu Sahabat Kini Bos
Benar, tiada perkara yang lebih mengembirakan sekiranya memiliki seorang rakan sekerja yang menyenangkan, mudah diajak berbincang mengenai pelbagai perkara tidak kiralah sama ada ia bersifat peribadi atau sebaliknya. Namun, apa yang berlaku sekiranya sahabat yang benar-benar anda kasihi tiba-tiba dinaikkan pangkat menjadi ketua anda?
1 Gunakan kebolehan yang anda miliki dengan melakukan sesuatu perkara yang lebih berfaedah. Elakkan dari berfikiran negatif seperti berperasaan cemburu atas kejayaan dan reputasi cemerlang si sahabat.
2 Jika terlintas di fikiran anda untuk berhenti kerja, fikirkan semula mengenai cita-cita dan impian kerjaya selama ini. Jangan sampai anda memilih jalan keliru kerana gangguan emosi itu.
3 Jika sahabat anda itu bersikap agak 'bossy' lahirkan pandangan dan pendapat anda dengan spontan. Contohnya, menerusi satu gurauan atau usikan. Dengan perlakuan sedemikian, sahabat anda pasti dapat menerima teguran anda itu dengan menganggap sebagai salah satu teguran yang membina.
4 Anda mungkin boleh menyalahkan nasib sekiranya sahabat anda memiliki rezeki yang lebih baik berbanding anda. Tetapi cuba anda fikirkan semula, bukankah itu suatu perkara sia-sia dan tidak masuk akal langsung. Yang penting, anda perlu berusaha lebih kuat untuk terus berjaya di dalam hidup ini.
5 Kejayaan yang dikecapi oleh sahabat bukan bererti kegagalan buat diri anda. Hakikatnya, anda mampu dan berpeluang menunjukkan bakat dan kebolehan anda dalam pelbagai lapangan. Kebolehan dan reputasi anda tidak mungkin akan jatuh hanya disebabkan oleh sahabat yang tiba-tiba menerima kenaikkan pangkat itu.
6 Sentiasa berfikiran positif dan jangan mengganggap anda akan kehilangan seorang sahabat ekoran situasi ini. Pusatkan pemikiran anda pada matlamat karier yang anda impikan selama ini. Anda seharusnya lebih bertenang dalam menghadapi persaingan di dunia kerjaya hari ini.
Sumber dari majalah dara.com
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan jejak anda..